Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all 1888 articles
Browse latest View live

AirAsia Menawarkan WiFi Percuma Dalam Penerbangan Untuk Ahli AirAsia BIG

$
0
0

Kebosanan ialah musuh manusia dunia pertama. Kerana ketagihan internet, ramai mengalami kebosanan di dalam pesawat kerana tiadanya akses internet. Jika ada sekalipun, bayaran langganan internet adalah terlalu mahal. Bagi ahli AirAsia BIG yang menaiki pesawat Air Asia, mereka kini boleh menikmati WiFi secara percuma.

WiFi percuma ditawarkan hanya pada pesawat yang dilengkapi sistem Rokki. Penumpang akan diberikan kuota sebanyak 2MB untuk menggunakan aplikasi WhatsApp, Line, KakaoTalk, Viber dan WeChat. Mereka hanya perlu menggunakan Rokki Wi-Fi di dalam pesawat dan melog masuk menggunakan akaun AirAsia BIG. Kuota data yang diberikan agak kecil tetapi mempunyai sedikit data adalah lebih baik dari tiada langsung.


Celcom Menawarkan Peranti Menarik Pada Harga Rendah Sempena Tahun Baru Cina – RM 88 Untuk Memiliki Huawei Nova 2i

$
0
0

Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bersyukur tanah tumpahnya darah ini mempunyai pelbagai bangsa, dan mempunyai pelbagai perayaan bagi menghormati antara satu sama lain. Tahun Baru Cina bakal hadir tidak lama lagi dan kemeriahannya dirasai semua biarpun berbilang bangsa.

Dan seperti biasa, Celcom hadir untuk promosi khusus pada Tahun Baru Cina bagi menyambutnya. Khusus buat semua warganegara Malaysia, anda kini boleh mendapatkan telefon pintar terkini iaitu Samsung Galaxy J3, Oppo F5, dan juga Huawei Nova 2i pada harga RM 88 menerusi promosi Tahun Baru Cina.

Bagi melayakkan anda memiliki peranti ini pada harga serendah RM 88, anda perlu melanggan pelan pascabayar FIRST dari Celcom, tertakluk kepada model yang anda inginkan. Jika anda inginkan Samsung Galaxy J3, anda hanya perlu melanggan Celcom FIRST Gold Plus, manakala untuk model Oppo F5 dan juga Huawei Nova 2i, anda perlu melanggan Celcom FIRST Platinum.

Selain dari tiga peranti diatas, Celcom turut menawarkan peranti lain pada harga pemilikan yang mampu anda miliki, seperti Oppo F5 6GB pada harga RM 158, atau Samsung Galaxy A8 pada harga RM 238 apabila anda melanggan Celcom FIRST Platinum Plus.

Seperkara lagi yang perlu anda pertimbangkan adalah Celcom baru-baru ini telah mengumumkan beberapa keistimewaan baru kepada pelanggan mereka termasuklah tiket penerbangan ke lokasi sekitar ASEAN, atau tiket wayang, baucar 11 Street, perjalanan percuma menggunakan Grab dan sebagainya, sekaligus menambah nilai pulangan terhadap langganan yang anda lakukan.

Promosi ini akan tamat pada 28 Februari dan anda boleh mendapatkan tawaran beserta peranti baharu pada Tahun Baru Cina di mana-mana cawangan Celcom BlueCube berhampiran di seluruh Malaysia.

Beli: Peranti Menarik Sempena Tahun Baru Cina Dari Celcom

Penafian: Advertorial dari Celcom


Cyberjaya Mungkin Menjadi Antara Bandar Terawal Dengan Sokongan Rangkaian 5G

$
0
0

Cyberjaya sedia diposisikan sebagai bandar pintar dengan mengimplementasikan pelbagai penggunaan teknologi baru. Kini, Cyberview turut mengumumkan kerjasama dengan pihak SK Holdings dan SK Telecom untuk mengimplementasi teknologi 5G disana.

Buat masa ini, masih tiada sebarang tarikh rasmi untuk pengenalan rangkaian 5G di Malaysia – termasuk dari segi penawaran spektrum dan infrastruktur. Bercakap mengenai 5G ini, pihak SK Telecom mengatakan mereka akan menguji rangkaian 5G di Korea Selatan pada akhir tahun ini, dan mereka berharap boleh melakukannya serentak di Malaysia pada waktu lebih kurang sama.

Dengan kelajuan 5G, ia sekaligus membolehkan pemindahan data dengan lebih pantas – yang mana akan menjadi ntara tunjang utama dalam pembangunan bandar pintar dan sebagainya.

Sebelum ini, sejumlah pengeluar peranti turut telah menyatakan sokongan untuk rangkaian 5G – dimana pelbagai telefon pintar dan komputer dengan rangkaian 5G dijangka akan diperkenalkan pada 2019 kelak.

Hotlink Postpaid Flex Dilancarkan – Pelan Pascabayar Pertama Hotlink

$
0
0

Telefon pintar tidak bermakna tanpa sambungan selular. Terdapat pelbagai pilihan pelan diberikan oleh syarikat telekomunikasi berbeza. Pelan jatuh ke dalam dua kategori ialah pra dan pasca bayar. Hotlink ialah syarikat telekomunikasi yang amat terkenal kerana penawaran pelan prabayar. Hari ini mereka akhirnya menawarkan pelan pascabayar pertama mereka Hotlink Postpaid Flex.

Menerusi Hotlink Postpaid Flex, pelanggan akan diberikan panggilan telefon tanpa had, SMS tanpa had dan menerima kuota data 1GB dengan bayaran RM30 sebulan. Pelanggan kemudian boleh menambah modul langganan tambahan dalam bentuk Unlimited Social, Unlimited Music dan Unlimited Chat setiap satu ditawarkan pada harga RM10 sebulan. Penggunaan data untuk aplikasi-aplikasi di dalam modul yang dibeli adalah tanpa had. Sebagai contoh penggunaan WhatsApp tanpa had dapat dinikmati dengan langganan modul Unlimited Chat.

Pelanggan turut boleh membeli kuota 5GB pada harga langganan RM25 sebulan. Sekiranya tidak lagi diperlukan, modul-modul ini boleh dibuang atau ditambah pada bila-bila masa. Untuk maklumat lebih lanjut anda boleh melayari laman Hotlink Postpaid Flex melalui pautan di bawah.

Baca – Laman Hotlink Postpaid Flex

Unifi Mobile Kini Mengehadkan Data Percuma Kepada 10GB – Terhad 3 SIM Satu ID

$
0
0

Telekom Malaysia hari ini dilihat mengemaskini penawaran kad-SIM dan juga promosi data percuma mereka untuk Unifi Mobile. Ketika pengenalan tempoh-hari, Unifi Mobile menawarkan data percuma untuk 20GB bagi setiap kad-SIM yang didaftar, serta membolehkan setiap ID mendapatkan sehingga 5 kad SIM.

Unifi Mobile 10GB

Hari ini, perkara berkenaan berubah, dan Unifi Mobile hanya menawarkan sebanyak 3 kad-SIM sahaja untuk setiap ID, selain data percuma diterhadkan kepada 10GB.

Seperti pada awalnya, Unifi Mobile masih melabelkan yang mana data percuma ini terhad kepada sesiapa yang mendaftar sebelum 31 Mac 2018 ini.

Bagi anda yang masih belum mendapatkan Unifi Mobile, mungkin boleh mendapatkan ia pada tempoh promosi kini – sebelum penawaran data percuma ini tamat sepenuhnya pada bulan hadapan.

Bulan Dijangka Menerima Sokongan Rangkaian 4G Tidak Lama Lagi

$
0
0

Sementara masih terdapat kawasan di Bumi yang belum menerima sokongan rangkaian 4G, namun, kini ia tidak menghentikan perancangan untuk membawa sokongan rangkaian telekomunikasi berkenaan ke angkasa.

Mengumumkannya kini, Vodafone Germany, bersama-sama Nokia dan Audi dilihat bekerjasama untuk menyokong misi membawa rangkaian mudah-alih berkelajuan tinggi berkenaan ke satelit semulajadi bumi, iaitu Bulan.

Untuk tujuan berkenaan, Nokia dilaporkan akan membina sebuah peranti telekomunikasi khusus dengan gred binaan angkasa.

Ia dijangka dilancarkan menggunakan roket SpaceX Falcon 9 pada 2019 kelak – dimana melalui rangkaian 4G di bulan, ia akan membolehkan penstriman definisi tinggi daripada bulan terus ke bumi dengan lebih mudah dan pantas.

TM Bakal Tawar Perkhidmatan Jalur-Lebar Talian Tetap Yang Boleh Dibawa Pindah Dari Satu Rumah Ke Lain

$
0
0

Pada hari ini, menjadi kebiasaan untuk pengguna baru perkhidmatan Streamyx atau Unifi yang tertakluk untuk kontrak langganan selama 24 bulan. Perkara ini sedikit sebanyak membuatkan pengguna baru – terutamanya pengguna muda untuk berkira-kira sebelum mendaftar atau melanggan perkhidmatan jalur-lebar talian tetap daripada TM.

TM sendiri sebagai alternatif menawarkan perkhidmatan Unifi Mobile buat masa ini. Tetapi, bergerak ke hadapan, Telekom Malaysia menyasarkan untuk memperkenalkan sebuah lagi perkhidmatan baru untuk pengguna mereka.

Dipanggil sebagai “Magic Box”, Telekom Malaysia menyasarkan untuk melancarkannya menjelang bulan Julai 2018 ini.

TM akan menyasarkan perkhidmatan baru ini untuk golongan muda, termasuk pelajar dan remaja untuk pakej baru ini – sekaligus mengambil kira permintaan dan apa yang diperlukan mereka. Salah satunya adalah kemudahan untuk membawa pakej jalur-lebar bersama-sama dari satu rumah ke rumah – amat sesuai untuk pelajar dan golongan muda yang mungkin tidak menetap di satu rumah untuk tempoh yang lama. Dengan ciri ini juga, ia sekaligus akan memudahkan pengguna menikmati perkhidmatan panggilan suara, internet dan juga IPTV – tanpa perlu risau akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan lamanya.

Telekom Malaysia sendiri menyasarkan untuk memasarkan perkhidmatan baru ini secara meluas kepada pengguna tempatan selepas ia dilancarkan secara rasminya.

Kita mungkin akan mendengar mengenai penawaran baru Telekom Malaysia ini sekitar bulan Julai kelak.

Tarikh Penamatan Siaran Televisyen Analog Di Malaysia Ditangguhkan

$
0
0

Siaran televisyen analog di Malaysia sepatutnya berakhir pada 30 Jun hadapan. Tetapi hari ini Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang merupakan Menteri Komunikasi dan Multimedia mengumumkan ia bakal ditangguhkan ke tarikh yang masih belum ditetapkan buat masa ini.  Penangguhan ini adalah bagi memastikan terlebih dahulu kesemua kawasan di Malaysia boleh menerima penyiaran digital.

Setakat ini menurut beliau liputan DTTV di Malaysia baru mencecah 85%.  Baki 15% akan menerima liputan dalam masa terdekat. Hanya selepas liputan adalah menyeluruh, siaran analog akan dihentikan. Ini adalah bagi memastikan tidak ada sebilangan rakyat Malaysia gagal mengakses kandungan TV sekaligus membuatkan mereka tidak menerima maklumat penting yang sahih. Selain Malaysia, Singapura juga menangguhkan penghentian siaran analog ke penghujung tahun ini dari tarikh asal penghujung 2017.


Sekitar 1.6 Juta Akaun Talian Prabayar Mungkin Ditamatkan Kerana Maklumat Pendaftaran Meragukan

$
0
0

Sekitar 1.6 juta pengguna prabayar pada peranti mudah-alih kini mungkin ditamatkan akaun mereka menjelang Januari kelak, kerana didapati menggunakan maklumat pendaftaran prabayar yang meragukan.

Seperti ramai sedia maklum, pengguna prabayar sebelum ini telah diminta untuk membuat pendaftaran sejak 2006 yang lepas – dimana pengguna prabayar perlu memberikan maklumat seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat dan sebagainya.

Namun, terdapat beberapa pengguna yang menggunakan maklumat palsu dan sebagainya untuk pendaftaran prabayar berkenaan. Dengan langkah SKMM yang baru ini, ia dijangka akan mengatasi masalah penggunaan maklumat palsu atau tidak lengkap ini.

Menurut The Star, dengan langkah ini juga, ia dijangka akan mengurangkan kadar mesej berbentuk spam, promosi dan sebagainya yang diterima hari ini oleh para pengguna.

Pengguna yang terlibat akan menerima notifikasi daripada syarikat telekomunikasi berkaitan untuk mengesahkan maklumat mereka, atau talian mereka mungkin ditamatkan.

Langkah ini dilakukan oleh SKMM untuk tujuan sekuriti, dan pada masa yang sama mengurangkan kadar spam dan sebagainya. Malah, dengan melangkah ke arah ekonomi digital masa kini, langkah ini dijangka akan meningkatkan lagi kadar keselamatan dan kepercayaan pengguna.

Pengguna Digi Tidak Boleh Menggunakan Aplikasi MyDigi Sehingga 19 Mac 2018

$
0
0

Aplikasi MyDigi merupakan salah satu aplikasi yang disediakan oleh penyedia telekomunikasi Digi dalam memudahkan para pengguna mereka menyemak baki akaun, membuat tambah-nilai, dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, sejak beberapa hari lepas, Digi telah membuat penyelengaraan untuk aplikasi berkenaan dan tidak boleh digunakan oleh pengguna. Berkongsi lanjut mengenainya hari ini, Digi melanjutkan tempoh penyelengaraan sehingga 19 Mac 2018 kelak.

Memandangkan aplikasi MyDigi tidak boleh diakses ketika waktu berkenaan, pengguna perkhidmatan Digi dinasihatkan menggunakan kod UMB untuk menyemak baki, membuat tambah-nilai, melanggan pakej dan sebagainya.

TM Mengumumkan Pelan Khas Unifi Mobile Untuk Guru – RM59 Sebulan Untuk Data Tanpa Had

$
0
0

Telekom Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama dengan Kementerian Pendidikan, sekaligus menawarkan pelan khusus Unifi Mobile menyasarkan tenaga pengajar, dinamakan “JASA Pack”.

Pelan khusus ini ditawarkan untuk para guru diseluruh negara, dimana melaluinya, ia menawarkan pakej data tanpa had, panggilan tanpa had, dan SMS tanpa had pada harga langganan hanya RM59 sebulan.

Unifi Mobile

Pada harga tawaran berkenaan, ia boleh dikatakan pelan Unifi Mobile untuk guru ini sesuatu yang berbaloi berbanding pakej lain di pasaran hari ini. Penawaran ini secara tidak langsung akan memudahkan urusan komunikasi, dan memastikan guru kekal berhubung tanpa bebanan pelan yang berharga tinggi.

Untuk melanggan Pek Jasa ini, seseoran guru perlulah melanggan pakej Unifi atau Pre-Unifi (Streamyx), dan membawa surat pengesahan rasmi dari Guru Besar atau Jabatan Pendidikan Negeri.

Tawaran ini terhad sehingga 31 Disember 2018 kelak, dan guru yang berminat boleh ke TM Point seluruh negara, dan mendaftarnya.

Celcom Home Wireless Kini Ditawarkan Untuk Pengguna Rumah – Sehingga 1TB Pada Harga RM159

$
0
0

Celcom kini dilihat telah menambah satu lagi penawaran jalur-lebar untuk pengguna rumah, iaitu Celcom Home Wireless. Melalui penawaran jalur-lebar mudah-alih ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menggunakan akses internet pantas, terutamanya dikawasan rumah tanpa akses jalur-lebar berkelajuan tinggi.

Celcom Home Wireless

Melalui Celcom Home Wireless, sebanyak tiga pakej ditawarkan, dimana masing-masing hadir dengan tawaran Video Walla dan juga Music Walla.

Pakej paling asas hadir dengan data 40GB pada harga langganan RM74.20 dimana ia dibahagikan kepada 25GB untuk data dan bakinya untuk Video Walla dan Music Walla. Dengan konsep sama juga adalah Wireless Gold Plus dengan 100GB pada harga RM106 (50GB + Video/Music Walla) dan Home Wireless Premium pada harga RM159 untuk 1TB (150GB + Video/Music Walla).

Celcom Home Wireless

Pakej ini turut hadir dengan kontrak selama 24 bulan. Pelanggan boleh mendaftarnya hari ini, dan akan diberikan dengan kit Celcom Home Wireless yang anda boleh pasang sendiri dirumah.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran baru ini di laman Celcom hari ini.

Bali Akan Mematikan Perkhidmatan Internet Selama 24 Jam Bagi Menghormati Hari Nyepi

$
0
0

Kami yakin ramai di kalangan pembaca Amanz tergolong di dalam kumpulan pengguna internet tegar. Hampir sepanjang hari perkhidmatan internet diperlukan untuk melakukan kerja, menonton video atau menghantar mesej. Di Indonesia perkhidmatan internet akan dimatikan selama 24 jam bagi menghormati Hari Nyepi.

Hari Nyepi yang jatuh pada hari esok ialah upacara tahunan yang disambut oleh penganut agama Hindu di Bali. Penganut Hindu akan melakukan ibadah puasa, meditasi dan mendiamkan diri ketika Nyepi. Nyalaan api dan memandu kenderaan adalah tidak dibenarkan sebagai tanda hormat. Malahan lapangan terbang juga tidak beroperasi pada hari tersebut.

Tahun ini perkhidmatan internet selular akan dimatikan untuk julung kalinya. Perkhidmatan WiFi internet di hotel dan perkhidmatan kecemasan akan dibenarkan begitu juga dengan perkhidmatan panggilan telefon serta SMS. Sambungan internet selular akan diaktifkan semula pada jam 6 pagi 18 Mac. Selama manakah anda boleh bertahan tanpa internet?

Penggunaan Internet, Komputer Dan Telefon Pintar Meningkat Pada Tahun 2017 Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia

$
0
0

Kerajaan amat serius dalam memberikan akses internet kepada semua rakyat Malaysia. Terdapat banyak inisiatif diumumkan seperti RM 1.2 bilion untuk meningkatkan kelajuan internet luar bandar dari 5Mbps ke 20Mbps
pada Belanjawan 2016. Hari ini Jabatan Perangkaan Malaysia berkongsi laporan kaji selidik penggunaan dan akses ICT isi rumah Malaysia untuk tahun 2017.

Penggunaan internet isi rumah meningkat ke 80.1% pada tahun 2017 daripada 71.1% pada tahun 2015. Pada waktu yang sama penggunaan komputer meningkat dari 69.8% tahun lalu dari 68.7% pada tahun 2015. Menarik sekali kadar peningkatan penggunaan telefon pintar adalah amat kecil iaitu 0.2%. Ia kini pada tahap 98.1% berbanding 97.9% pada tahun 2015.

Penggunaan telefon talian tetap adalah satu-satunya yang menunjukkan penurunan kerana menyusut ke 28.6% dari 28.8%. Ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana penggunaan telefon pintar jauh lebih mudah. Bilakah pula kali terakhir anda menggunakan sebuah telefon talian tetap?

Pelanggan Maxis Dan Hotlink Boleh Menikmati Diskaun 20% Untuk Pembelian Tiket AirAsia Penghujung Minggu Ini

$
0
0

Maxis sering hadir dengan sejumlah promosi menarik untuk pelanggan mereka, dan terkini, penyedia perkhidmatan telekomunikasi berkenaan menawarkan diskaun 20% untuk pembelian tiket AirAsia pada penghujung minggu ini – sehingga 1 April 2018.

Penawaran promosi pembelian tiket ini adalah terhad untuk penerbangan antara 1 Julai sehingga 30 September 2018 ini.

Maxis AirAsia

Untuk mendapatkan kod promosi, pengguna Maxis boleh mendapatkannya melalui aplikasi MyMaxis, membuat carian AirAsia, dan memilih ganjaran berkenaan untuk ditebus. Pengguna Hotlink pula, boleh mendapatkan kod penebusan melalui laman rasmi Hotlink.

Bagi anda yang menggunakan talian Maxis atau Hotlink, dan berhasrat untuk membeli tiket AirAsia, mungkin boleh menggunakan kod promosi ini, sekaligus menjimatkan lagi pembelian tiket anda.


Unifi Wireless Broadband Kini Ditawarkan Pada Harga RM79 Sebulan Untuk 60GB

$
0
0

Telekom Malaysia sebelum ini telah hadir dengan penawaran Unifi Home untuk talian tetap, dan Unifi Mobile untuk penawaran 4G. Kini, Telekom Malaysia turut menambah satu lagi penawaran baru, iaitu Unifi Wireless Broadband.

Unifi Wireless Broadband dilihat ditujukan kepada pengguna tanpa akses talian jalur-lebar berkelajuan tinggi, tetapi ingin menggunakan rangkaian Unifi dan berkongsi bersama pengguna lain dalam sesuatu rumah.

Unifi Wireless Broadband

Unifi Wireless Broadband ini ditawarkan pada harga RM79 sebulan, dan data sebanyak 60GB ditawarkan melaluinya setiap bulan. Pengguna turut perlu membeli penghala Huawei 4G B618 Wifi Router pada harga RM599 sebelum dapat menggunakannya. Selepas kuota habis digunakan, kelajuan akan dihadkan kepada hanya 128kbps sahaja. Pengguna turut diberikan pilihan untuk membeli data tambahan pada caj tambahan.

Telekom Malaysia mengatakan penghala ini membolehkan sekitar 64 peranti dihubungkan serentak pada sesuatu masa.

Buat masa ini, hanya satu pelan sahaja yang ditawarkan dibawah Unifi Wireless Broadband. Mungkin kita turut akan melihat TM menambah beberapa pelan lain pada masa akan datang, termasuk pelan Webe yang lama.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftar untuk mendapatkannya melalui TM Point berdekatan anda bermula hari ini.

Telekom Malaysia Melanjutkan Penawaran Data Percuma 10GB Untuk Unifi Mobile Sehingga 30 April 2018

$
0
0

Telekom Malaysia sebelum ini telah melancarkan Unifi Mobile dengan penawaran data percuma, serta kad-SIM yang diberikan secara percuma. Pada awalnya, penawaran ganjaran percuma ini hanya dihadkan sehingga 31 Mac 2018 sahaja – tetapi kini ia dilihat diperlanjutkan lagi.

Melalui laman Unifi Mobile, kini TM menyatakan yang mana pengguna yang mendaftar sebelum 30 April 2018 akan menerima data percuma 10GB LTE, selain mana kos kad-SIM juga ditanggung untuk tempoh promosi.

Unifi Mobile

Dengan lanjutan tempoh promosi ini, sesiapa sahaja kini boleh membuat pendaftaran Unifi Mobile sehingga 3 kad-SIM, dan menerima data 10GB LTE secara percuma – bersama-sama 10 minit panggilan dan juga 10SMS.

Bagi anda yang masih belum mencuba Unifi Mobile, mungkin ini peluang anda untuk mencubanya, dan membuat keputusan untuk meneruskannya ataupun sebaliknya.

Celcom Hadir Dengan Penawaran Pelan Pascabayar Dibawah Jenama Xpax –“Xpax Postpaid”

$
0
0

Maxis sedia terkenal dengan penawaran pelan prabayar mereka Hotlink sebelum ini. Namun, pada awal tahun ini, Maxis mengambil langkah untuk menawarkan pelan Hotlink Postpaid Flex, sekaligus turut membawa jenama Hotlink untuk penawaran pelan pascabayar.

Selepas Maxis, pihak Celcom kini dilihat turut mengikut jejak. Kini, ia dilihat Celcom turut memperkenalkan pelan pascabayar untuk jenama Xpax mereka, dinamakan Xpax Postpaid. Celcom dijangka memperkenalkannya secara rasmi pada minggu hadapan, 18 April kelak.

Xpax Postpaid

Xpax Postpaid disasarkan untuk mereka yang berumur 25 tahun dan ke bawah, dan melaluinya ia menyertakan beberapa promosi khusus. Termasuk antaranya adalah pakej panggilan tanpa had kepada 5 rakan didalam rangkaian Celcom, akses tanpa had untuk YouTube pada lewat malam, dan akses Music Walla secara percuma.

Dua pakej ditawarkan dibawah Xpax Postpaid, iaitu XP50 dan juga XP79. XP50 menawarkan pakej data 15GB pada harga langganan RM50 sebulan, sementara XP79 pula menawarkan pakej 22.5GB pada harga RM79 sebulan. Pelan yang berbeza turut ditawarkan sekiranya pengguna memilih untuk mendapatkan pelan Xpax Postpaid ini bersama-sama dengan peranti.

Xpax Postpaid

Xpax Postpaid

Seperti biasa, pengguna boleh menambah data dengan membelinya secara berasingan sekiranya apa yang ditawarkan tidak mencukupi.

Pihak Celcom dijangka melancarkannya secara rasmi pada minggu hadapan. Tetapi, seperti biasa, beberapa pengedar telah mula mengambil pendaftaran untuknya. Selain itu, Celcom sendiri telah menyenaraikan pelan Xpax Postpaid XP50 dan XP79 pada laman Celcom Store.

UMobile Tawar Diskaun 50% Untuk Langganan Talian Pascabayar Kedua Terpilih

$
0
0

U Mobile hari ini hadir dengan promosi khusus, membolehkan para pelanggan pascabayar HERO P70, P98, Unlimited Hero P78, P79 dan P99 untuk memohon talian pascabayar kedua pada harga diskaun mencapai 50%.

UMobile Hero Hero

Talian HERO kedua yang boleh dimohon dengan diskaun 50% adalah termasuk HERO P48, P68, P79 dan juga P99.

UMobile Hero Hero

Dengan penawaran ini, anda sekaligus boleh berjimat lebih untuk talian kedua – terutamanya yang berpasangan, dan berkeluarga. Melalui promosi ini, sebagai contoh, sekiranya anda melanggan dua pelan P99 yang menawarkan data dan panggilan tanpa had pada harga RM99, anda hanya perlu membayar RM148.50 untuk kedua-duanya.

Promosi ini ditawarkan oleh U Mobile daripada hari ini, sehingga 31 Julai 2018 kelak.

Aplikasi Celcom Life Diperkenalkan Untuk Pengguna Xpax Dan Celcom – Aplikasi Lama Ditamatkan

$
0
0

Celcom sebelum ini sedia mempunyai penawaran aplikasi berasingan untuk pengguna Celcom dan juga Xpax. Perkara berkenaan berubah hari ini, dimana dengan pengenalan Xpax Postpaid, kini pihak Celcom turut memperkenalkan aplikasi baru dinamakan Celcom Life.

Melalui Celcom Life, ia menggantikan aplikasi lama untuk pengguna Xpax dan Celcom yang ditawarkan secara berasingan – sekaligus memudahkan pengurusan kedua-dua pelan telekomunikasi dibawah satu aplikasi.

Celcom Life Android

Celcom Life akan mengenal-pasti akaun yang anda gunakan, dan menggunakan tema warna yang selari dengannya – iaitu berwarna ungu untuk Xpax, dan biru untuk pelan Celcom First.

Menggunakan aplikasi Celcom Life, pengguna boleh menguruskan pelan mereka, membuat tambah-nilai sekiranya prabayar, melihat ganjaran, dan sebagainya.

Bagi anda yang menggunakan talian Celcom atau Xpax, anda boleh memuat-turun aplikasi Celcom Life untuk Android dan iPhone hari ini.

Celcom Life Android

Muat-Turun Celcom Life untuk Android

Muat-Turun Celcom Life untuk iPhone

Viewing all 1888 articles
Browse latest View live