Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all 1888 articles
Browse latest View live

Penghantaran Kad-SIM Untuk Unifi Mobile Akan Dilakukan Mulai 24 Januari

$
0
0

Semalam kita sedia melihat Telekom Malaysia memperlihatkan pelan talian telekomunikasi terbaru mereka yang terbaru, iaitu Unifi Mobile. Perkhidmatan baru ini masih belum diumumkan secara rasminya, tetapi ia tidak menghentikan para pengguna daripada membuat tempahan dan menerima kad-SIM untuknya.

Seperti ramai sedia maklum, pengguna boleh memuat-turun aplikasi Unifi Mobile, dan mendaftar serta mendapatkan kad-SIM. Kad-SIM untuknya boleh didapatkan dengan penghantaran terus ke alamat anda, atau dengan anda pergi mengambilnya sendiri di TM Point.

Unifi Mobile

Bercakap mengenainya, kini TM telah mula menghantar SMS kepada semua pengguna baru yang mendaftar, dan mengatakan mereka hanya boleh mengambilnya bermula 24 Januari 2018 kelak.

Ini sekaligus memperlihatkan yang mana mungkin TM akan mengumumkan perkhidmatan ini secara rasminya pada 24 Januari atau 25 Januari kelak.

Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh memohon kad-SIM percuma daripada Unifi Mobile yang hadir bersama 20GB data percuma, dan tanpa sebarang tarikh luput.


U Mobile Tawar Langganan Spotify Premium Percuma Untuk 6 Bulan Bersama Pelan Pascabayar Baru

$
0
0

U Mobile hari ini mengumumkan promosi untuk pelan Unlimited HERO Postpaid P79 baru, dimana pelanggan baru yang melanggan Unlimited HERO Postpaid P79 daripada hari ini sehingga 31 Mac 2018 kelak akan menerima akaun Spotify Premium secara percuma selama 6 bulan.

U Mobile P79

Pelan Unlimited HERO P79 ini hadir dengan langganan RM79 sebulan, dimana ia menyertakan pelan data 20GB, panggilan suara tanpa had, selain penawaran data untuk penstriman muzik, video, dan laman sosial.

UMobile P79

Bersama-sama dengannya, pihak U Mobile turut mengumumkan pengenalan U Mobile HERO P68 yang mana hadir fokus untuk pengguna laman sosial, dan menawarkan data tanpa had untuk Facebook, Instagram, Twitter, WhatsAPp, WeChat dan Facebook Messenger.

Untuk U Mobile HERO P68, ia menawarkan data 15GB dan menawarkan panggilan tanpa had ke semua rangkaian, serta 500MB untuk perayauan.

Kedua-dua pelan baru ini boleh didaftarkan oleh pengguna bermula hari ini.

Telekom Malaysia Berhenti Mengambil Pendaftaran Akaun Baru Untuk TMgo

$
0
0

Telekom Malaysia dilihat telah memulakan proses penjenamaan semula pelbagai produk penawaran umum dibawah jenama Unifi. Selain daripada penjenamaan semula, TM juga dilihat memposisikan semula pelbagai produk mereka, dan memfokuskan kepada satu penawaran yang selari.

Kini, dengan pengenalan Unifi Mobile, pihak Telekom Malaysia dilihat turut telah menghentikan penawaran perkhidmatan jalur-lebar 4G mereka untuk pendaftaran baru. Dinamakan sebagai TMgo, ia sebelum ini telah diperkenalkan pada 2014 yang lepas.

TMgo

Berbeza dengan Webe, TMgo ditawarkan untuk penggunaan bersama modem mudah-alih – tetapi masih hadir dengan konsep prabayar, dan menawarkan kad-SIM khusus untuknya.

Buat masa ini, hanya pendaftaran baru sahaja yang dihentikan. Pengguna sedia ada masih boleh menggunakannya dan menambah-nilai untuk perkhidmatan TMgo seperti biasa buat masa ini.

Data Percuma 20GB Untuk Unifi Mobile Hanya Terhad Untuk 1 Juta Kad-SIM Pertama

$
0
0

Telekom Malaysia hari ini secara rasminya telah memperkenalkan Unifi Mobile kepada pengguna umum, iaitu penawaran perkhidmatan jalur-lebar mudah-alih LTE yang menggantikan penawaran Webe sebelum ini. Melalui Unifi Mobile, ia memfokuskan kepada perkhidmatan telekomunikasi digital, dimana pengguna boleh memuat-turun aplikasi khusus untuknya dan membuat pendaftaran untuk kad-SIM.

Untuk tempoh pengenalan ini, Telekom Malaysia menawarkan ganjaran berbentuk 20GB data LTE secara percuma untuk para pengguna, dan berkongsi lanjut mengenainya hari ini, TM mengatakan ia terhad kepada 1 juta kad-SIM pertama. Disamping itu, ia hanya ditawarkan untuk mereka yang mendaftar sebelum 31 Mac 2018 sahaja (atau sehingga promosi habis).

Disamping itu, untuk tempoh promosi ini juga, kad-SIM ditawarkan secara percuma. TM mengatakan selepas tempoh promosi ini, ia akan ditawarkan pada harga RM10.

Unifi Mobile

Unifi Mobile menawarkan perkhidmatan tanpa tarikh luput, tetapi pengguna perlu memastikan akaun mereka aktif untuk tempoh setiap 90 hari. Untuk penambahan nilai, anda boleh lakukannya pada harga bermula RM13 untuk 1GB internet asas, sehingga kepada 8GB untuk RM50.
8GB (4GB LTE + 4GB 3G/LTE) pada harga RM50
4GB (2GB LTE + 2GB 3G/LTE) pada harga RM30
2GB (1GB LTE + 1GB 3G/LTE) pada harga RM15
1GB internet asas (1GB 3G/LTE) pada harga RM13

Bagi pelan panggilan dan SMS pula, anda boleh menambahnya pada harga bermula RM10 untuk 60 minit panggilan dan 60 SMS.
200 minit + 200 SMS untuk RM30
60 minit + 60 SMS untuk RM10

Jika anda berminat, anda boleh melakukan tempahan kad-SIM ini bersama 20GB data percuma untuk tempoh promosi ini bermula hari ini menggunakan aplikasi mudah-alih di Android dan iOS.

Unifi Mobile

Unifi Mobile

Layari : Unifi Mobile FAQ

Muat-Turun Unifi Mobile untuk iOS

Muat-Turun Unifi Mobile untuk Android

Telekom Malaysia Ingin Menambah Lebih 100,000 Hotspot Unifi WiFi Pada Tahun Ini

$
0
0

Telekom Malaysia, melalui pengenalan jenama Unifi, mereka menyatukan sejumlah penawaran dalam usaha memudahkan pengguna kekal berhubung sama ada melalui talian tetap, talian mudah-alih, mahupun melalui WiFi.

Unifi Wifi

Bercakap mengenai Wifi sendiri, TM menyediakan penawaran dinamakan Unifi Wifi yang ditawarkan secara percuma untuk pengguna (buat masa ini). Melaluinya, anda boleh menggunakannya untuk melakukan tugasan atau terus kekal berhubung di sesetengah lokasi.

Pada hari ini sendiri, ia mempunyai hampir 10,000 hotspot di seluruh negara – dan bercakap mengenainya, Telekom Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan ia kepada lebih 100,000 menjelang penghujung tahun 2018 ini.

Disamping itu, TM turut mengatakan yang mana kini lebih 1 juta pelanggan mengggunakan dan telah berhubung ke arena internet melalui Unifi WiFi ini.

Anda boleh menyemak penawaran Unifi Wifi dikawasan berdekatan anda dengan menyemaknya melalui aplikasi khusus yang disediakan untuknya.

TM Menyasarkan Lebih 1.5 Juta Pelanggan Unifi Home Menjelang Penghujung 2018

$
0
0

Telekom Malaysia pada Jun 2017 yang lepas telah mengumumkan yang mana mereka mempunyai lebih 1 juta pelanggan Unifi. Kini, bercakap mengenainya, pihak Telekom Malaysia mengatakan yang mana mereka menyasarkan untuk angka berkenaan mencapai 1.5 juta pelanggan menjelang penghujung 2018 kelak.

Unifi

Unifi sebelum ini telah diperkenalkan pada 2010 yang lepas, dan sejak daripadanya ia telah mula meliputi sejumlah besar kawasan seluruh negara.

Untuk mencapai sasaran ini, TM dilihat mempunyai beberapa perancangan, termasuk pengenalan “Skuad Sempurna Unifi” yang mana akan melakukan promosi dan pemasangan dikawasan-kawasan yang masih mempunyai banyak port Unifi kosong, tetapi isi rumah berkenaan tidak menaik-taraf lagi ke Unifi.

Bersama-sama pengumuman ini, TM turut mengatakan yang mana mereka menyasarkan untuk mencapai lebih 100,000 hotspot untuk Unifi Wifi menjelang penghujung 2018 ini.

CEO Celcom : Gabungan Telekom Malaysia Dan Axiata Adalah Suatu Yang Maakul

$
0
0

Tahun lepas, kita telah mendengar desas-desus awal mengatakan Celcom mungkin bergabung dengan Telekom Malaysia. Tiada sebarang info atau komen rasmi sejak daripadanya, namun pelbagai penganalisa kewangan masih menyasarkan perkara sama untuk tahun 2018 ini.

Bercakap mengenainya hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, mengatakan yang mana gabungan antara Telekom Malaysia dengan Axiata adalah sesuatu yang “masuk akal”.

Sekiranya bergabung, ia akan menguntungkan kedua-dua pihak daripada pelbagai perkara, termasuk infrastruktur. Telekom Malaysia pada hari ini mempunyai penawaran jalur lebar talian-tetap yang paling meluas, selain Celcom pula mempunyai penawaran yang kukuh untuk arena talian mudah-alih.

Seperti ramai sedia maklum, Celcom atau Axiata sebelum ini adalah sebahagian daripada Telekom Malaysia sebelum ia dipisahkan dan beroperasi sebagai syarikat berasingan. Sejak daripadanya, Celcom telah menjadi antara syarikat yang menerajui arena mudah-alih tempatan.

Bercakap lanjut mengenainya, CEO Celcom mengatakan yang mana segalanya adalah bergantung kepada keputusan pegangan saham, dan Celcom tidak menerima sebarang perkara mengenai pergabungan ini buat masa ini.

TM Masih Dalam Proses Mengintegrasikan Netflix Dan Lain-Lain Ke Unifi TV

$
0
0

Telekom Malaysia pada tahun lepas telah mengatakan mereka akan bekerjasama dengan Netflix dalam menawarkan beberapa kemudahan kepada pengguna tempatan. Namun, perkara yang sepatutnya berlaku pada Oktober 2017 berkenaan telah ditangguhkan tanpa sebarang berita lanjut mengenainya.

Menjawab mengenainya, kini pihak Unifi TV mengatakan yang mana mereka masih dalam proses mengintegrasikan perkhidmatan Netflix ke Unifi TV.

Buat masa ini, apakah penawaran integrasi sepenuhnya masih tidak diketahui lagi. Tetapi, pihak Telekom Malaysia mengatakan salah satunya adalah integrasi kebolehan membuat pembayaran Netflix melalui platform bil Unifi, sekaligus memudahkan lagi pengguna melanggan Netflix.

Selain daripadanya, TM turut ingin memudahkan pengguna menikmati kandungan daripada pelbagai penyedia seumpama Netflix terus melalui Unifi TV. Untuk tujuan berkenaan, pihak Unifi TV sedang dalam proses menaik-taraf sistem disebalik perkhidmatan penstriman mereka dengan menawarkan integrasi penstriman daripada awan. TM mengatakan kelak ia akan menyokong set-top box dari beberapa generasi – dan akan menawarkan kemaskini untuknya tidak lama lagi.

Seperti kebiasaan, TM tidak memberikan sebarang tarikh untuk pengenalan pelbagai ciri baru ini pada Unifi TV. Memandangkan pihak Telekom Malaysia dalam proses penjenamaan semula dan membuat kempen pemasaran lebih meluas untuk jenama Unifi pada tahun ini, maka tidak mustahil kita melihat penawaran bersama Netflix ini turut dilaksanakan dalam tahun 2018 ini.


Yoodo – Satu Lagi Perkhidmatan Digital Dengan Kebebasan Memilih Pelan Telekomunikasi

$
0
0

Akhir-akhir ini, kita telah melihat sejumlah syarikat telekomunikasi baru hadir ke pasaran. Jikalau sebelum ini kita telah melihat Maxis hadir dengan ookyo, Tapp menggunakan Digi, dan kini hadir sebuah lagi jenama perkhidmatan digital yang baru, dinamakan sebagai Yoodo. Daripada apa yang dilihat, Yoodo beroperasi dibawah Celcom.

Melalui Yoodo, anda hanya perlu memuat-turun aplikasi untuk Android atau iPhone, dan seterusnya membuat tempahan untuk kad-SIM yang akan dihantar terus kepada anda. Segala pengurusan akaun dan khidmat bantuan juga dilakukan secara atas-talian – sekaligus dilihat memfokuskan lebih kepada generasi digital masa kini.

Yoodo Celcom

Dari segi pelan, pengguna boleh menetapkan sendiri berapakah data internet yang diperlukan, minit panggilan yang diperlukan atau SMS yang diperlukan. Yoodo melalui aplikasi mereka menyediakan sebuah bar tatal khusus yang membolehkan anda melaraskan pelan mengikut keperluan anda – dan memilihnya sebagai pelan untuk pakej anda. Seperti biasa, anda turut boleh membuat perubahan pada pilihan pekan selepas membuat tetapan awal.

Yoodo

Untuk pengetahuan anda, melalui Yoodo, anda boleh mendapatkan pakej data 5GB pada harga RM30 sebulan, dan ia boleh ditingkatkan sehingga kepada 100GB. Perkara sama juga turut boleh dilakukan untuk panggilan suara dan SMS. Yoodo turut menyediakan pakej tambahan seperti 10GB data khusus untuk YouTube pada harga RM20, atau 5GB data untuk Facebook atau Instagram pada harga RM10 sebulan.

Pengguna akan diperlukan memasukkan kad kredit atau debit – dan ia akan dipotong secara automatik setiap bulan berdasarkan kepada tetapan nilai langganan anda. Menariknya bagi Yoodo adalah ia dilihat tidak memerlukan VPN khusus untuk beroperasi – berbeza dengan Oookyo atau Tapp.

Bagi anda yang berminat, boleh membuat tempahan Yoodo hari ini melalui aplikasi Android dan iOS, dan mencubanya sendiri. Memandangkan ia menggunakan rangkaian Celcom, maka kita boleh melihat liputannya adalah menyeluruh di Malaysia.

Muat-Turun Yoodo untuk Android

Muat-Turun Yoodo untuk iPhone

Yoodo Diperkenalkan Secara Rasmi – Penghantaran Kad SIM Sepantas 2 Jam Di Lembah Klang

$
0
0

Semalam telah menyaksikan hadirnya syarikat telekomunikasi baru di pasaran tempatan iaitu Yoodo. Yoodo yang beroperasi dibawah Celcom menawarkan perkhidmatan telekomunikasi secara digital, yang menyasarkan golongan digital masakini.

Ketua Pegawai Eksekutif Yoodo turut menyatakan apabila menyasarkan golongan digital, adalah penting untuk kesemua pengalaman menggunakannya adalah digital. Bagi mendaftar Yoodo, pengguna hanya perlu memuat-turun aplikasi, dan kad SIM akan dihantar kepada pelanggan. Ia tidak memerlukan pengguna membawa kad pengenalan di kaunter cawangan, sekaligus memudahkan mereka.

Proses pendaftaran adalah selepas pengguna menerima kad SIM, dimana pengguna hanya perlu mengimbas kad pengenalan atau passport, kemudian mengambil gambar selfie sebagai tujuan pengesahan untuk pendaftaran.

Selain dari itu, pengguna boleh melakukan tetapan pelan mereka menerusi aplikasi, dan memilih kuota data, panggilan, SMS mengikut apa yang mereka kehendaki. Dan tetapan ini boleh diubahsuai mengikut kesukaan pelanggan, walaupun selepas membeli Yoodo. Yoodo turut menawarkan beberapa pek data, iaitu untuk YouTube, Facebook dan juga Instagram.

Bagi melengkapkan keseluruhan pengalaman penggunaan digital, pembayaran pelan adalah melalui kad kredit atau debit, dan sokongan khidmat pengguna adalah menerusi aplikasi.

Bagi pelanggan di sekitar Lembah Klang, pelanggan boleh memilih penghantaran Segera membolehkan penghantaran kad SIM akan dilakukan oleh GoGet dalam tempoh 2 jam, manakala bagi penghantaran biasa termasuk ke negeri yang lain adalah melalui pos.

Layari: Yoodo

Muat-Turun Yoodo untuk Android

Muat-Turun Yoodo untuk iPhone

Maxis Menggunakan AR Untuk Membawa Tarian Singa Kepada Pengguna

$
0
0

Penggunaan teknologi realiti-gabungan (Augmented Reality) untuk promosi semakin popular dari hari ke hari. Terkini, Maxis hadir dengan promosi dinamakan Huat AR bersempena dengan Tahun Baru Cina dan menggunakan teknologi AR dalam “menghidupkan” tarian singa.

Maxis Huat AR

Seperti ramai sedia maklum, tarian singa sangat sinonim dengan perayaan Tahun Baru Cina. Bersempena dengannya, Maxis kini menawarkan sampul Ang Pao edisi terhad yang boleh diimbas menggunakan aplikasi Maxis HuatAR, sekaligus “menghidupkan” tarian singa.

Maxis mengatakan mereka menawarkan tiga jenis sampul ang pao berbeza yang membawa kepada bentuk tarian yang berbeza. Untuk mendapatkannya, pelanggan dikehendaki membuat pembelian di mana-mana Pusat Maxis atau Rakan Eksklusif Maxis bermula 1 Februari ini.

Layari : Maxis Huat AR

SKMM : TM Tidak Dapat Mencapai Piawaian Jalur Lebar Talian-Tetap Sepenuhnya Pada 2017

$
0
0

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kini telah pun mengeluarkan laporan prestasi rangkaian untuk 2017 yang lepas, sekaligus memperlihatkan pelbagai statistik berkaitan dengan penyedia perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar dan juga jalur lebar berwayar (talian-tetap).

Berikut merupakan komen kesimpulan yang dikeluarkan oleh pihak SKMM berkaitan dengan penawaran jalur lebar talian-tetap pada 2017 lepas:

Keseluruhan prestasi jalur lebar berwayar menunjukkan bahawa pemberi perkhidmatan mampu menyediakan kelajuan yang diperlukan berdasarkan pakej yang dilanggan oleh pengguna di semua wilayah. Tetapi prestasi kependaman rangkaian adalah kurang memuaskan, dengan hasil pengukuran menunjukkan TM tidak dapat mencapai piawaian di lima kawasan (Tengah, Selatan, Utara, Timur & Sabah) untuk DSL dan di tiga wilayah (Timur, Sabah & Sarawak) bagi gentian optik. Perkhidmatan Maxis yang menggunakan gentian optik yang disewa dari TM juga tidak memenuhi standard yang diperlukan di wilayah tengah. Berdasarkan hasil ujian jalur lebar berwayar pada tahun 2017, penalti boleh dikeluarkan kepada penyedia perkhidmatan yang berkaitan kerana ketidakpatuhan pada piawaian.

Laporan SKMM 2017

Daripada kajian yang dilakukan oleh SKMM, TM dilihat mampu menawarkan kelajuan muat-turun dan muat-naik yang baik, tetapi kadar kehilangan paket dan kadar RTT tidak mencapai piawaian yang ditetapkan oleh SKMM.

Laporan SKMM 2017

SKMM turut mengatakan yang mana pencapaian secara keseluruhan memperlihatkan TIME mempunyai kualiti penawaran yang lebih baik dan stabil berbanding yang lain. SKMM turut menekankan mengatakan yang mana TIME menawarkan pakej yang lebih berpatutan berbanding Telekom Malaysia dan juga Maxis.

Pada masa yang sama, SKMM menekankan yang mana masih ramai pengguna yang tidak mengetahui perbezaan penawaran internet melalui Wifi dan Ethernet – dan mengalakkan lebih pengajaran dan penerangan mengenainya. Usaha TM untuk menawarkan aplikasi WiFi Optimiser Tool untuk tujuan ini dipuji oleh SKMM, dan mereka berharap agar lebih banyak penyedia perkhidmatan menawarkan inisiatif baik dalam mendidik pengguna.

SKMM mengambil kira beberapa perkara dalam mengeluarkan laporan tahunan ini, termasuk memerlukan 70% kelajuan yang dilanggan untuk 90% masa penggunaan bagi DSL, dan 90% kelajuan langganan untuk pengguna fiber. Disamping itu, kadar kependaman perlu kurang 85ms untuk 95% masa penggunaan, dan kadar kehilangan paket adalah kurang 1%.

Bagi anda sendiri yang menggunakan rangkaian jalur lebar talian tetap, bagaimanakah penggunaan anda? Adakah anda berpuas hati dengan penawaran yang diterima anda?

SKMM : Purata Kelajuan Muat-Turun Jalur-Lebar Tanpa Wayar Adalah 15.50Mbps, Maxis Terbaik

$
0
0

Disamping berkongsi data mengenai jalur-lebar talian tetap, pihak Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) turut telah berkongsi Laporan Prestasi Rangkaian 2017 untuk jalur-lebar tanpa wayar.

Daripada data yang dikongsikan, SKMM menekankan yang mana penyedia perkhidmatan mampu menawarkan kelajuan muat-turun melebihi 650kbps dipelbagai kawasan seluruh negara secara konsisten. Secara purata, Maxis menawarkan kelajuan muat-turun paling tinggi, iaitu mencapai 25.6Mbps, dan kelajuan melebihi 650kbit/s paling konsisten berbanding menyedia perkhidmatan lain. Maxis juga turut mempunyai kadar kehilangan paket yang paling rendah, iaitu 0.13% berbanding beberapa penyedia perkhidmatan lain.

SKMM 2017

Untuk makluman, sebelum ini, Maxis turut menduduki tangga teratas untuk tahun 2016, dan kini mereka mengungguli carta sekali lagi untuk tahun 2017.

Dari segi kadar kependaman rangkaian, Digi menduduki tangga teratas dengan kadar 37.79ms, dan Maxis pada tangga kedua dengan kadar 47.57ms.

SKMM 2017

SKMM mengatakan yang mana secara ringkasnya semua penyedia perkhidmatan mematuhi keperluan piawaian mandatori yang ditetapkan untuk tahun 2017 yang lepas.

Pemberi perkhidmatan yang menyediakan jalur lebar tanpa wayar mampu menampung kelajuan muat-turun melebihi 650 kbps secara konsisten di kawasan yang diukur di seluruh negara. Bagi kawasan yang mempunyai masalah, pemberi perkhidmatan yang berkaitan dijangka menjalankan penambahbaikan rangkaian di kawasan berkenaan. Maxis mengungguli carta kelajuan muat turun untuk semua wilayah. Memaparkan prestasi yang baik dari segi menyediakan kelajuan internet yang pantas di semua kawasan yang diukur. Hasil keputusan kependaman rangkaian telah menunjukkan bahawa DiGi mempunyai respons terpantas dalam empat (Tengah, Selatan, Utara & Sabah) daripada enam wilayah yang diukur. Manakala Celcom dan Maxis mempunyai peratusan kehilangan paket terendah masing-masing dalam dua wilayah. Purata kelajuan muat-turun di seluruh negara untuk jalur lebar mudah-alih di semua wilayah ialah 15.50 Mbps.

SKMM Akan Mengukur Prestasi Rangkaian 2018 Dengan Kelajuan Minima 1Mbps Untuk Jalur Lebar Tanpa Wayar

$
0
0

SKMM terkini telah pun mengeluarkan Laporan Prestasi Rangkaian 2017 yang memperlihatkan beberapa data menarik, termasuk memperlihatkan TM tidak mencapai piawaian yang ditetapkan, selain Maxis mengungguli kadar muat-turun untuk jalur-lebar tanpa wayar.

Bercakap mengenai jalur-lebar tanpa wayar, pada 2017 yang lepas, SKMM mengukur kadar prestasi rangkaian dengan memerlukan kelajuan minima daripada penyedia perkhidmatan melangkaui 650kbps secara konsisten diseluruh negara.

Namun, dengan pelbagai infrastruktur dan permintaan dikalangan pengguna yang meningkat dari hari ke hari, pihak SKMM mengatakan yang mana mereka akan meningkatkan ia dengan kelajuan minimum untuk jalur-lebar tanpa wayar ditetapkan pada 1 Mbps. Piawaian baru ini akan mula diguna-pakai bermula 2018 ini.

MCMC akan melaksanakan pengukuran prestasi rangkaian di seluruh negara pada tahun 2018 dengan kelajuan minimum untuk kelajuan jalur lebar tanpa wayar ditetapkan pada 1 Mbps seperti yang ditetapkan dalam MS bagi Perkhidmatan Jalur Lebar Tanpa Wayar. Parameter lain untuk semua perkhidmatan termasuk jalur lebar berwayar dan panggilan suara akan kekal, sementara MCMC akan dari semasa ke semasa menjalankan ujian tambahan seperti ujian melayari web – http, untuk menggambarkan pengalaman pengguna bagi tujuan analisis tambahan

Kerajaan Menyasarkan Capaian Internet Di Malaysia Melangkaui 90% Menjelang 2020

$
0
0

Kerajaan sedia melaksanakan sejumlah inisiatif dalam membawa sambungan internet ke seluruh negara, bukan sekadar dibandar, tetapi juga di luar bandar. Bercakap mengenainya hari ini, kerajaan mengatakan mereka komited dalam memastikan capaian internet di seluruh Malaysia mencapai tahap lebih 90% menjelang 2020 kelak.

Pada hari ini, kadar penembusan jalur lebar isi rumah telah pun mencapai 84.5%, selain setiap negeri mencatatkan kadar statistik yang melangkaui 50%.

Dalam memperluaskan capaian internet, sejumlah inisiatif baru diusahakan, termasuk menaik-taraf rangkaian mudah-alih, selain memperuntukkan sejumlah wang untuk membangunkan infrastruktur komunikasi.

Pelbagai syarikat baru turut sedang melihat kepada penawaran jalur-lebar, termasuk baru-baru ini adalah Tenaga Nasional.


Pelan Celcom FIRST Kini Menawarkan Tiket Penerbangan Dan Langganan iFlix Percuma Kepada Pelanggan

$
0
0

Apakah faktor pelanggan memilih pelan pasca-bayar? Secara peribadi kami memilih berdasarkan kuota data yang tinggi pada harga yang mampu milik. Pelan Celcom FIRST sebelum ini menawarkan data untuk penstriman sehingga 100GB kepada pelanggan pakej tertentu. Hari ini mereka mengumumkan beberapa keistimewaan baru seperti tiket penerbangan ke destinasi di ASEAN, tiket wayang percuma atau rebat pembelian aplikasi peranti pintar.

Bagi pelanggan Celcom FIRST Platinum Plus dan FIRST Platinum selama 12 bulan, mereka boleh menikmati tiket penerbangan percuma ke mana-mana destinasi ke sembilan negara ASEAN atau menebus dua tawaran bulanan dari rakan perniagaan Celcom. Pelanggan hanya boleh memilih satu daripada dua tawaran ini.  Antara yang ditawarkan ialah tiket wayang percuma dari GSC, voucher 11Street, dua perjalanan percuma menggunakan Grab, voucher Tealive, rebat pembelian Google Play dan rebat pembelian App Store.

Selain daripada itu pelanggan turut boleh menikmati kelebihan lain seperti perayauan di negara ASEAN tanpa had, akses kepada iFlix, Yonder Music dan banyak lagi.

Bagi pelanggan First Gold Supreme, Gold Plus dan Gold selama 12 bulan pula boleh menikmati tiket penerbangan percuma ke mana-mana destinasi di Malaysia atau memilih satu tawaran bulanan dari rakan-rakan perniagaan Celcom seperti diumumkan di atas.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pakej, terma dan syarat sila layari laman rasmi Celcom.

Maxis : Pengguna Kini Menggunakan Secara Purata 7.4GB Data Setiap Bulan

$
0
0

Maxis hari ini telah mengumumkan penyata kewangan mereka untuk tahun 2017 yang lepas, dan turut berkongsi beberapa statistik menarik berkaitan syarikat mereka.

Menurut Maxis, pengguna mereka kini menggunakan secara purata 7.4GB setiap bulan – memperlihatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya yang memperlihatkan hanya sekitar 4.1GB sebulan. Maxis mengatakan angka ini turut disumbang oleh kadar penembusan penggunaan telefon pintar yang kini mencapai 81%.

Disamping itu, Maxis turut mengatakan yang mana kini rangkaian 4G LTE mereka meliputi 91% daripada kawasan berpenduduk di Malaysia.

Kadar Penembusan Telefon Pintar Di Malaysia Mencapai 70%

$
0
0

Penggunaan telefon pintar terus meningkat dari hari ke hari. Terkini, mengikut statistik terbaru yang dikongsikan oleh SKMM, ia dikatakan yang mana kadar penembusan telefon pintar di Malaysia telah mencapai 70% pada suku ketiga 2017 yang lepas.

Berkongsi lanjut, kadar penembusan selular mudah-alih pula kini dikatakan telah mencapai 131.8% – memperlihatkan ramai pengguna yang mempunyai lebih daripada satu talian selular dibawah mereka.

Dengan arena e-dompet dan transaksi nirtunai yang semakin popular, tidak mustahil kita melihat kadar penggunaan telefon pintar akan terus meningkat dari hari ke hari.

Bagi anda sendiri, adakah anda mempunyai lebih daripada satu talian? Adakah anda masih menggunakan telefon bimbit biasa?

Digi Up Ingin Memudahkan Anda Menggunakan Telefon Pintar Baru Setiap Tahun

$
0
0

Pada hari ini, Maxis dan Celcom sedia menawarkan kemudahan untuk membuat langganan pelan dan telefon pintar yang boleh diubah kepada peranti baru pada setiap tahun. Ini sekaligus membolehkan anda mengikuti trend dan menikmati pelbagai penawaran teknologi baru dengan mudah.

Kini, selain Maxis dan Celcom, Digi turut tidak ketinggalan dan turut menawarkan sebuah perkhidmatan yang lebih kurang sama, dinamakan Digi Up. Program baru ini dilihat sebagai naik-taraf kepada program Digi Easy Up sebelum ini.

Digi Up

Daripada penyenaraian melalui laman Digi, tiga peranti ditawarkan adalah Galaxy Note 8, Mate 10 Pro dan juga Mate 10. Setiap peranti ini hadir dengan pelan Digi Postpaid 110 yang menawarkan data berjumlah 50GB sebulan, panggilan tanpa had dan 1000 SMS percuma.

Digi Up

Untuk menyertai Digi Up ini pula, pengguna terlebih dahulu perlulah mempunyai langganan Digi Postpaid selama sekurang-kurangnya 3 tahun, dan mempunyai penggunaan minimum lebih RM80 untuk 3 bulan terakhir.

Pengguna boleh naik-taraf kepada peranti baru selepas 24 bulan, atau meniak-taraf selepas 12 bulan dengan penambahan sedikit pembayaran tambahan.

Daripada FAQ yang disediakan, Digi menerangkan lanjut mengenainya, termasuk menawarkan perkhidmatan Digi Shield yang membolehkan pengguna melindungi peranti daripada kecurian, kerosakkan dan sebagainya pada harga langganan tambahan.

Bagi anda sendiri, adakah anda mengemari penawaran naik-taraf peranti seumpama ini daripada syarikat telekomunikasi, atau lebih meminati untuk membeli peranti secara berasingan dengan pelan telekomunikasi?

Layari : Digi Up

OpenSignal : 4G Di Singapura Terpantas Di Dunia, Malaysia Antara Yang Perlahan

$
0
0

Perkhidmatan 4G di Malaysia sudah ditawarkan selama lima tahun di Malaysia yang menjanjikan kelajuan internet sehingga 100 Mbps. Realitinya ialah jarang sekali kita dapat menikmati internet mudah alih pada kelajuan ini. OpenSignal telah mengeluarkan laporan kelajuan purata 4G di 88 negara dunia pada suku ke-empat 2017.

Singapura unggul di tangga teratas dunia dengan kelajuan purata 4G  44.32 Mbps diikuti oleh Belanda (42.12 Mbps), Norway (41.2 Mbps) dan Korea Selatan (40.44 Mbps). Malaysia berada di tangga ke-70 dengan kelajuan purata 14.83 Mbps. Ini adalah peningkatan daripada 14.35 Mbps tahun lalu.

Kelajuan purata 4G di Malaysia adalah di belakang Vietnam (21.49 Mbps) dan Myanmar (15.56 Mbps). Ini masih lagi lebih pantas berbanding Thailand (9.6 Mbps), Filipina (9.49 Mbps) dan Indonesia (8.92 Mbps). Apakah kelajuan purata 4G yang diberikan oleh syarikat telekomunikasi pilihan anda.

Viewing all 1888 articles
Browse latest View live