Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all 1889 articles
Browse latest View live

TM : Gangguan Sambungan Internet Untuk Melayari Laman Antarabangsa (Dikemaskini)

$
0
0

Dikemaskini (19 April, 10 pagi) : TM menyatakan tiada sebarang gangguan internet, dan semua rangkaian beroperasi seperti biasa.


Pengguna tempatan dilihat menghadapi masalah untuk melayari pelbagai laman web antarabangsa. Bercakap mengenainya, pihak Telekom Malaysia melalui akaun @Unifi mengesahkan yang mana gangguan internet dialami oleh pengguna tempatan untuk melayari laman antarabangsa.

Pihak TM turut mengatakan proses baik-pulih kini sedang dilakukan, dan ia dijangka selesai menjelang 25 April 2018 kelak.

Buat masa ini, sebab disebalik gangguan ini masih tidak diketahui lagi. Kami telah menghubungi pihak Telekom Malaysia, dan akan berkongsi info lanjut sebaik sahaja menerima maklumat tambahan.

Unifi Slow


TM : Tiada Gangguan Sambungan Internet, Semuanya Beroperasi Seperti Biasa

$
0
0

Semalam, kami telah melaporkan dengan memetik maklumbalas pihak khidmat pelanggan Unifi, mengatakan terdapat gangguan sambungan internet untuk melayari laman antarabangsa. Hari ini, pihak Telekom Malaysia telah memberikan komen mengenainya, dan mengatakan tiada sebarang gangguan internet untuk melayari laman antarabangsa disebabkan oleh penyelenggaraan kabel bawah-tanah.

Malah, kami sendiri mendapati yang mana pengguna tempatan tidak lagi mengalami sebarang masalah melayari web seperti mana semalam – dan semuanya dilihat telah pulih seperti asalnya.

Buat masa ini, pihak Telekom Malaysia tidak menyatakan apakah yang menyebabkan masalah semalam berlaku – dan mengapakah khidmat pelanggan mereka menyatakan sedemikian semalam.

Berikut merupakan kenyataan yang dikongsikan pihak TM bersama kami hari ini:

Telekom Malaysia Berhad ingin menjelaskan yang mana aktiviti penyelenggaraan yang sedang dilakukan pada sistem kabel bawah-tanah tiada sebarang impak terhadap rangkaian TM, dan ia apa yang dilaporkan adalah tidak tepat.

Rangkaian antarabangsa TM kini beroperasi pada kapasiti seperti biasa.

Xpax Kini Menawarkan Pilihan Ganjaran Percuma, Kuota 3 Kali Data Untuk Tempoh Terhad

$
0
0

Xpax kini telah memberikan nafas baru untuk pakej prabayar mereka, membolehkan pengguna bukan sahaja menikmati 10GB data internet percuma pada kelajuan asas 64kbps, tetapi turut menyertakan ganjaran percuma tambahan bersama dengannya.

Pengguna boleh memilih daripada pilihan 10GB Facebook, 10GB Instagram, 3GB YouTube, atau pun pilihan akses permesejan WhatsApp, Wechat dan Twitter tanpa had.

Xpax Prepaid

Disamping itu, dengan penambahan ini, Xpax juga turut menawarkan semua akses YouTube percuma pada lewat malam, Music Walla tanpa had, dan juga akses premium iFlix.

Xpax Prepaid

Bersama-sama kemaskini ini juga, Celcom menawarkan promosi Kuota Berganda, membolehkan pengguna yang membeli pakej data mingguan atau bulanan untuk menikmati data sebanyak tiga kali ganda berbanding kebiasaan. Sebagai contoh, sekiranya anda sebelum ini data mingguan RM10 untuk 2GB, untuk tempoh promosi terhad ini, pengguna menerima data sebanyak 6GB.

Bagi pengguna Xpax sedia ada, anda boleh menguruskan pakej dan pelan yang dilanggan melalui aplikasi Celcom Life baru.

Dengan pengenalan pembaharuan pakej prabayar Xpax ini, Celcom turut sama mengumumkan secara rasminya pengenalan Xpax Postpaid – iaitu pakej pascabayar yang ditujukan kepada pengguna bawah 25 tahun.

TuneTalk Menawarkan 2GB Percuma Untuk Semua Pengguna Esok, 21 April

$
0
0

Hari ini, rangkaian Tune Talk mengalami sedikit gangguan – melibatkan sambungan data. Ia telah pun diatasi selepas beberapa jam, dan kini sebagai permintaan maaf untuk gangguan berkenaan, TuneTalk mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan data percuma sebanyak 2GB untuk semua pengguna TuneTalk esok.

Ini sekaligus akan membolehkan semua pengguna Tune Talk boleh menikmati data sebanyak 2GB secara percuma untuk tempoh 24 jam pada 21 April 2018 ini. Tiada sebarang langkah pengaktifan dinyatakan buat masa ini – sekaligus memberikan petanda yang mana penawaran data ini mungkin ditawarkan secara automatik kepada semua pelanggan yang menggunakan rangkaian Tune Talk.

Qualcomm Akan Melesenkan Teknologi 5G Mereka Pada Harga Yang Lebih Murah

$
0
0

Perlesenan teknologi mudah-alih untuk peranti-peranti bukanlah sesuatu yang baru. Banyak syarikat-syarikat melesenkan teknologi mereka kepada pembuat-pembuat peranti seperti Apple dan Huawei kerana ia lebih mudah dan cepat berbanding dengan mereka-cipta teknologi mereka sendiri.

Qualcomm salah satu syarikat-syarikat yang melesenkan teknologi telekomunikasi dan data mudah-alih mereka kepada para pembuat peranti ini, dan secara amnya, mereka akan melesenkan teknologi mereka melalui dua pakej, satu untuk peranti utama yang hadir pada harga lima peratus harga sebuah peranti, dan satu lagi pakej untuk peranti-peranti kelas pertengahan pada harga 3.25 peratus harga sebuah peranti.

Menurut Alex Rogers, ketua bahagian perlesenan Qualcomm, Qualcomm dilihat bakal mengubah sedikit pakej perlesenan ini, dan bakal memasukkan lesen untuk teknologi 5G didalam pakej lebih murah mereka. Dalam pada itu, kadar peratusan perlesenan ini juga hanya akan tertakluk kepada harga $400 pertama sesebuah peranti, kurang $100 daripada $500 pertama peranti-peranti yang dipersetujui sebelum ini.

Qualcomm mengorak langkah ini berkemungkinan besar kerana ia sekarang sedang menghadapi masalah tuntutan mahkamah daripada pelbagai syarikat pembuat peranti dan juga kerajaan-kerajaan kerana urusan-urusan yang bertentangan dengan undang-undang tempatan, disamping berita baru-baru ini bahawa Qualcomm bakal membuang 1500 pekerja daripada pejabat mereka di California.

TM Melanjutkan Tempoh Promosi 10GB Data LTE Percuma Untuk Unifi Mobile Sehingga 30 Jun 2018

$
0
0

Telekom Malaysia sebelum ini telah melanjutkan penawaran promosi untuk Unifi Mobile, dan kini, sekali lagi gergasi telekomunikasi berkenaan melanjutkannya. Melalui kemaskini terbaru hari ini, TM kini menawarkan data dan kad-SIM untuk Unifi Mobile secara percuma sehingga 30 Jun 2018 kelak.

Bagi anda yang masih belum memohon Unifi Mobile, anda kini masih berpeluang untuk mendaftarnya secara percuma, dan menerima data percuma sebanyak 10GB LTE, selain 10 minit panggilan percuma, dan juga 10 SMS percuma.

Unifi Mobile

Sekiranya anda masih berminat dengan Unifi Mobile, boleh memuat-turun aplikasi dan memohon melaluinya. Pengguna boleh memohon sehingga tiga kad-SIM Unifi Mobile buat masa ini yang akan menerima data percuma sehingga 10 GB LTE melaluinya.

Ooredoo Menjadi Yang Pertama Di Dunia Melancarkan Rangkaian 5G Untuk Umum Di Qatar

$
0
0

Perlumbaan untuk memperkenalkan rangkaian 5G telah berlaku sejak beberapa tahun lepas, dan kini, menjadi yang terawal memperkenalkannya adalah rangkaian Ooredoo di Qatar. Ooredoo menekankan yang mana syarikat mereka adalah yang pertama di dunia menawarkan rangkaian 5G kepada umum melalui spektrum gelombang 3.5Ghz.

Ooredoo Qatar 5G

Buat masa ini, rangkaian 5G berkenaan meliputi sejumlah lokasi utama sekitar Qatar, termasuk di lapangan terbang antarabangsa, Souq Waqif, Lagoona, West Bay dan beberapa lokasi lain.

Dengan penawaran rangkaian 5G ini, ia sekaligus menawarkan kadar kelajuan lebih pantas pada kadar masa pendam yang rendah.

Walaubagaimanapun, untuk menggunakannya, pengguna memerlukan peranti yang dilengkapi sokongan 5G – yang mana boleh dikatakan masih tidak ditawarkan lagi buat masa ini. Peranti-peranti seperti telefon pintar dan komputer dijangka hadir ke pasaran dengan sokongan 5G ini tidak lama lagi.

Umobile Sedang Mengalami Gangguan Panggilan Suara Dan Data

$
0
0

Khidmat panggilan suara, data dan *118#  Umobile mengalami gangguan sejak beberapa jam yang lalu. Ini disahkan sendiri oleh akaun Twitter rasmi sebentar tadi. Pihak Umobile sedang berusaha untuk memulihkan rangkaian sepantas yang mungkin.

Dari pengamatan kami di media sosial, peranti akan menunjukkan tiada rangkaian sekiranya ia menggunakan Umobile. Tidak ada apa yang boleh dilakukan oleh pengguna selain bergantung kepada WiFi sementara menanti rangkaian pulih seperti sedia ada. Mereka juga harus bersabar selari dengan hari pertama Ramadan yang mulia.


Celcom Bakal Mengalami Gangguan Perkhidmatan Pada 20 Hingga 21 Mei Bagi Menaiktaraf Sistem Bil

$
0
0

Gangguan ke atas perkhidmatan Umobile semalam menimbulkan kemarahan pelanggan kerana ia berlaku tanpa sebarang amaran. Bagi pengguna Celcom, syarikat telekomunikasi ini telah mengumumkan bakal berlaku gangguan ke atas beberapa perkhidmatan pada 20 hingga 21 Mei hadapan. Ini adalah kerana proses menaiktaraf sistem bil mereka.

Pada 20 Mei 8.00 pagi sehingga 21 Mei, 6.00 pagi  sistem pembayaran tidak disediakan sementara waktu. Pelanggan digalakkan untuk membuat pembayaran lebih awal bagi mengelakkan gangguan talian. Namun begitu pelanggan prabayar masih boleh membuat transaksi tambah nilai

Pada Isnin, 21 Mei pelanggan pascabayar tidak dapat menerima panggilan dan pesanan ringkas (SMS) dalam tempoh maksimum 15 minit, di antara pukul 4.00-6.00 pagi. Pelanggan pascabayar yang menggunakan perayauan antarabangsa di luar negara tidak dapat menerima panggilan dan SMS dalam tempoh sehingga empat jam daripada pukul 4.00-8.00 pagi (waktu Malaysia).

Namun begitu, pelanggan di Malaysia dan juga luar negara masih boleh membuat panggilan keluar, menghantar SMS, dan menggunakan data di sepanjang proses naik taraf tersebut.

Diharap dengan pengumuman awal ini pelanggan Celcom dapat melakukan persediaan untuk sebarang masalah yang mungkin berlaku.

Kerajaan Menyasarkan Penawaran Internet Lebih Pantas Pada Harga Lebih Mampu Milik

$
0
0

Gobind Singh Deo hari ini telah pun memulakan tugasan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan berkongsi beberapa perkara yang akan menjadi fokus utama kerajaan baru untuk dicapai.

Salah satu perkara yang turut disentuh adalah berkaitan dengan kelajuan rangkaian jalur-lebar di Malaysia.

Bercakap mengenainya, kerajaan mengatakan akan berusaha untuk gandakan penawaran kelajuan jalur-lebar, tetapi ditawarkan pada separuh harga berbanding hari ini. Beliau juga turut menyentuh mengenai pelbagai laporan daripada pengguna mengenai hal kelajuan internet tempatan yang kurang memuaskan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengatakan akan berusaha untuk mencapainya, dan mungkin mengambil sedikit masa untuknya. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.

Maxis FamilyRoam Menawarkan Data Dan Panggilan Tanpa Had Untuk Perayauan

$
0
0

Maxis hari ini mengumumkan penawaran pelan Maxis FamilyRoam yang serba baru, membolehkan para pengguna pelan MaxisONE untuk menikmati beberapa ciri menarik ketika melakukan perayauan di negara-negara Asia Tenggara – mengkhususkan kepada pengguna talian perkongisan.

Maxis FamilyRoam

Melalui penawaran ini, hanya seorang pengguna dibawah pelan perkongsian perlu mengaktifkan MaxisONE pada harga RM38 sehari, dan seluruh ahli keluarga yang pergi bercuti atau melalui perayauan boleh menikmati data dan panggilan tanpa had.

Bagi anda yang menggunakan pelan MaxisONE dan MaxisONE Prime boleh menikmati ciri baru ini bermula hari ini.

Layari : Maxis FamilyRoam

TM Memperacah Pengumuman Sesuatu Yang Baru Dan Pertama Di Malaysia Pada 8 Jun

$
0
0

Telekom Malaysia hari ini telah hadir dengan sebuah gambar acah yang dikongsikan melalui laman sosial – memberikan petanda mereka akan melancarkan sesuatu yang baru pada 8 Jun kelak.

Melalui gambar acah berkenaan juga, Telekom Malaysia mengatakan mereka akan menjadi yang pertama menawarkannya.

Telekom Malaysia Bawang

Buat masa ini, apakah yang akan diumumkan masih tidak diketahui lagi. Melalui desas-desus dan perkongsian sebelum ini, Telekom Malaysia dikatakan bakal hadir dengan jalur-lebar talian tetap yang boleh dibawah pindah dari satu rumah ke rumah yang lain dengan mudah – tanpa perlu melalui proses menamatkan kontrak dan mendaftar semula seperti pada hari ini. Produk ini dikenali dengan nama kod “Magic Box” beberapa bulan lepas, dan disasarkan pelancaran pada pertengahan 2018 ini.

Mungkinkah kita akan melihat produk berkenaan diperkenalkan atau melihat suatu yang berbeza dalam masa dua minggu lagi?

Celcom EasyPhone Kini Membolehkan Anda Menyewa Peranti

$
0
0

Celcom hari ini telah mengumumkan penawaran baru dibawah EasyPhone, yang mana membolehkan para pengguna menyewa sesuatu peranti tanpa perlu membelinya. Dengan kaedah ini, pengguna boleh mendapatkan peranti terkini pada harga yang lebih rendah berbanding perlu membelinya.

Celcom EasyPhone Rent

Dibawah program menyewa ini, ia menggunakan terma yang lebih kurang sama seperti penawaran EasyPhone sebelum ini, dan pengguna tertakluk untuk kontrak 24 bulan. Pengguna boleh membeli peranti berkenaan pada bila-bila masa, atau pada penghujung tempoh kontrak berkenaan.

Melalui salah satu contoh yang diperlihatkan Celcom, pengguna boleh mendapatkan iPhone X pada harga serendah RM99 sebulan, berbanding membelinya yang perlu membayar pada harga RM137 sebulan.

Pengguna juga turut perlu menjaga peranti berkenaan daripada sebarang kerosakkan – dan perlu melalui beberapa tetapan ketika pemulangan peranti berkenaan. Seperti biasa, pengguna turut digalakkan membeli pelan perlindungan untuk peranti yang disewa.

Bagi anda yang berminat dengan program EasyPhone baru ini, boleh menyemaknya pada kedai-kedai Celcom terdekat anda bermula hari ini.

Celcom Hadir Dengan Pelan “Celcom Mobile Family”– Talian Tambahan Pada RM48 Sebulan

$
0
0

Celcom hari ini telah mengumumkan kemudahan untuk menyewa peranti melalui EasyPhone. Bersama-sama dengannya juga, Celcom turut mengambil peluang untuk memperkenalkan pakej perkongsian keluarga serba baru dinamakan Celcom Mobile Family.

Secara ringkasnya, melalui penawaran baru ini, pengguna boleh menambah talian tambahan dibawah pelan Celcom Mobile (dulu dikenali Celcom First) pada harga RM48 sebulan. Penambahan ini akan hadir dengan 5GB data, 5GB video Walla, dan panggilan tanpa had kepada semua talian.

Celcom Mobile Family Plan

Pengguna juga boleh mengawal perkongsian data – dimana sekiranya anda mempunyai pelan utama dengan 50GB data, dan menambah pelan kedua yang hadir dengan 5GB data – seterusnya, anda boleh bahagikan data berkenaan mengikut keperluan, atau turut memilih untuk membahagikan sama rata dan sebagainya. Pembahagian ini boleh dilakukan oleh pemilik talian utama menggunakan aplikasi Celcom Life.

Celcom Mobile Family Plan

Untuk tempoh terhad juga, Celcom turut menambah penawaran 1TB Video Walla (untuk 12 bulan) untuk dikongsikan oleh pelanggan Celcom Mobile Family ini.

Pelan baru ini boleh dilanggan pengguna berminat mulai 1 Jun 2018 ini.

Kementerian Akan Bertemu dengan Syarikat Telekomunikasi Untuk Pengurangan Harga Internet

$
0
0

Pada minggu lepas, Menteri Komunikasi dan Multimedia telah mengatakan yang mana kerajaan akan berusaha untuk mengurangkan kos untuk langganan internet dan pada masa yang sama meningkatkan kadar kelajuan internet.

Kini, bercakap lanjut mengenainya, pihak kementerian kini mengatakan bakal mengadakan pertemuan dengan syarikat telekomunikasi dalam tempoh dua minggu akan datang, sekaligus membincangkan mengenai mengurangkan harga internet di Malaysia.

Pihak kementerian akan bertemu dan berunding dengan syarikat telekomunikasi – sekaligus melihat kepada beberapa kaedah untuk mengurangkan kos harga internet.

Pada hari ini, harga internet di Malaysia boleh dikatakan sedikit tinggi – terutamanya untuk jalur-lebar talian tetap seperti Streamyx yang menawarkan harga sedikit mahal untuk kelajuan yang ditawarkan jikalau dibandingkan dengan Unifi – selain perbezaan harga mengikut pelanggan dan sebagainya.

Kita mungkin mendengar lanjut mengenai hal ini dalam tempoh dua minggu akan datang.


CEO Telekom Malaysia Meletak Jawatan

$
0
0

Dato’ Sri Mohammed Shazalli Ramly telah memulakan tugas sebagai CEO di Telekom Malaysia pada 1 Mei 2017 yang lepas. Kini, hanya lebih kurang setahun sejak mengambil tugas berkenaan, beliau dilihat telah meletakkan jawatan di Telekom Malaysia.

Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly

Sebelum ini, Shazalli pernah bertugas sebagai CEO Celcom antara 2005 hingga 2016 lepas, dan selepas itu beliau turut bertugas sebagai CEO rantau Asia Tenggara untuk Axiata Group.

Sebagai ganti untuk jawatan berkenaan, TM mengumumkan yang mana Datuk Bazlan Osman akan menggantikan beliau bermula 6 Jun 2018.

Astro : Data Tertiris Melibatkan Pelanggan IPTV Dari Maxis

$
0
0

Lanjutan daripada laporan awal hari ini, kini Astro telah mengeluarkan kenyataan rasmi mereka. Astro mengatakan sehingga kini mereka telah membuat dua laporan polis, serta telah maklumkan SKMM berkaitan hal ini.

Pada awal hari ini, portal Lowyat telah melaporkan yang mana terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang menjual data pengguna pelanggan Astro.

Menurut Astro, data pelanggan yang tertiris adalah data pelanggan Astro IPTV – yang mana merupakan pelanggan yang diuruskan bersama oleh Maxis. Untuk makluman, Astro IPTV ditawarkan dalam bentuk langganan bersama Maxis Broadband. Astro turut menekankan yang mana data pelanggan Astro lain tidak terkesan dan mereka mengambil berat dalam melindungi data pengguna.

Astro mengatakan mereka telah meminta pihak Maxis dalam membantu menyiasat insiden ini, termasuk penyiasatan forensik berkaitan.

Astro mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai ketirisan data ini sebaik sahaja mereka mempunyai maklumat berkaitan dengannya.

Telekom Malaysia Gagal Memahami Maksud Siaran Langsung

$
0
0

Telekom Malaysia sebelum ini telah hadir dengan sebuah gambar acah untuk hadir dengan sebuah pengumuman baru pada 8 Jun. Ia sekaligus membuatkan ramai yang ternanti-nantikan pengumuman langsung berkenaan daripada TM. Namun, dengan apa yang dilakukan oleh TM hari ini, ia ternyata mengecewakan ramai pengguna.

Telekom Malaysia sebelum ini telah hadir dengan gambar acah mengatakan “Pertama Di Malaysia”. Walaupun telah sedia dijangka ramai ia mungkin adalah sekadar iklan raya, namun penggunaan “Pertama Di Malaysia” membuatkan kami menjangkakan ia mungkin menggunakan kelebihan video 360-darjah, AR mahupun VR. Apatah lagi dengan posisi TM sebagai syarikat teknologi gergasi di Malaysia.

Telekom Malaysia Bawang

Namun, apa yang berlaku hari ini agak mengecewakan. TM sekadar memanggil fungsi memainkan video yang sedia dirakamkan secara langsung sebagai siaran langsung. Hal ini membuatkan ramai yang tidak menyukai apa yang dilakukan oleh TM, dan seumpama memberikan harapan palsu kepada pengguna. Malah Facebook sendiri sebelum ini telah mengeluarkan polisi yang meminta pengguna platform berkenaan supaya memastikan sebarang kandungan yang terlebih dahulu dirakamkan dilabelkan dengan baik, selain tidak menggunakan API untuk berkongsi video dan gambar berbentuk looping.

Kami sendiri agak kecewa dengan syarikat yang memperjuangkan tagar “#Fitnet” ini, malah TM sebagai syarikat teknologi semestinya perlu menerajui pelbagai perkara lain, termasuk dalam iklan raya. Dan bukannya menggunakan promosi picisan, sekaligus memainkan perasaan ramai peminat dan penggunanya.

Cadangan Akses Internet Sebagai Hak Asasi Dibawah Perlembagaan Malaysia Akan Dibawa Ke Kabinet

$
0
0

Dengan arena internet yang berkembang pesat dari hari ke hari, kini Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mengatakan bakal membawa dan membentangkan cadangan pindaan ke atas Perlembagaan Persekutuan – sekaligus menambah hak untuk akses ke capaian internet diletakkan sebagai salah satu hak asasi rakyat di Malaysia.

Sekiranya akses internet menjadi hak asasi dibawah Perlembagaan, ia secara tidak langsung akan membuatkan kerajaan negeri dan persekutuan menjadi lebih serius dalam menghubungkan semua rakyat Malaysia ke internet.

Ini juga sekaligus akan membawa kepada harga yang lebih mampu milik untuk akses internet, disamping perkhidmatan internet yang lebih baik kepada pengguna.

Secara tidak langsung ia akan turut mempertingkatkan ekonomi digital di Malaysia dan membolehkan semua rakyat turut mengambil bahagian didalamnya.

Apapun, seperti biasa, ia masih pada peringkat cadangan awal dan perlu dibangkitkan di Kabinet terlebih dahulu untuk melihat sama ada cadangan ini disokong ahli Parlimen atau tidak.

Maxis Menawarkan Pas Tontonan 2018 FIFA Piala Dunia Pada Harga RM1 Setiap Perlawanan

$
0
0

Menjelang acara 2018 FIFA Piala Dunia, pelbagai syarikat yang menyediakan sejumlah penawaran tersendiri untuk peminat bola sepak. Maxis turut tidak ketinggalan, dimana kini mereka menawarkan Pas Tontonan 2018 FIFA Piala Dunia pada harga hanya RM1 untuk setiap perlawanan.

Maxis Bola Raya

Maxis menyediakan penawaran ini untuk pelanggan Maxis dan juga Hotlink. Selain pas tontonan, Maxis turut menyediakan data percuma untuk membolehkan anda menontonnya.

Penawaran ini dijayakan oleh Maxis hasil kerjasama dengan pihak Astro. Sebaik sahaja membuat pembelian pas tontonan, anda akan diberikan akses log masuk ke aplikasi Astro Go – sekaligus membolehkan anda menonton melaluinya.

Pengguna juga perlu membelinya tiga jam sebelum sesuatu perlawanan bermula.

Bagi pelanggan Maxis dan Hotlink, anda boleh menyemak laman Maxis Bola Raya hari ini.

Viewing all 1889 articles
Browse latest View live