Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all 1889 articles
Browse latest View live

SKMM Memperketatkan Lagi Proses Pendaftaran Prabayar Untuk Elak Pendaftaran Palsu

$
0
0

SKMM sebelum ini telah mengumumkan yang mana para pengguna akan memerlukan untuk memasukkan nombor kad pengenalan ketika ingin tambah-nilai – sekaligus mengurangkan pendaftaran prabayar menggunakan info palsu.

Kini, selain daripadanya, SKMM sendiri dilihat memperketatkan lagi proses pendaftaran prabayar.

Proses pendaftaran prabayar telah diperkenalkan sejak 2006 yang lepas di Malaysia – namun, sejak setahun dua kebelakangan ini, kes pendaftaran palsu turut dilakukan oleh beberapa penjual kad SIM.

Kini, menurut SKMM, bermula 1 Januari 2018, proses ini akan lebih diperketatkan untuk mengelak pendaftaran palsu.

Pengguna tempatan yang ingin mendaftar prabayar kelak akan diperlukan untuk memberikan info seperti nama, alamat tetap, nombor kad pengenalan, dan beberapa informasi lain yang mungkin diperlukan. Untuk proses pengesahan alamat, pengguna akan diminta untuk menyediakan bil utiliti seperti air, elektrik, dan sebagainya.

Daftar Prabayar

SKMM turut mengatakan yang mana proses pendaftaran manual menggunakan SMS tidak lagi dibenarkan – sebaliknya proses pendaftaran perlu dilakukan pembaca MyKad, OCR atau Biometrik.

Pada masa yang sama, SKMM turut menekankan yang mana penyedia perkhidmatan perlu menyediakan sebuah portal atau aplikasi khusus untuk memudahkan pengguna menyemak senarai kad SIM yang didaftar dibawah mereka.


MaxisONE Prime Diperkenalkan – Gabungan Pelan Fiber Dan Mudah-Alih, Tanpa Had Data

$
0
0

Maxis hari ini telah memperkenalkan sebuah pelan baru dinamakan MaxisONE Prime. Melaluinya, kini Maxis mengabungkan penawaran pelan jalur-lebar tetap MaxisONE Home bersama pelan pascabayar mudah-alih Maxis dibawah satu penawaran. Ia sekaligus memudahkan pengguna dan keluarga mereka menguruskan sesuatu pelan, dan menikmati beberapa ciri-ciri tambahan melaluinya.

MaxisONE Prime

Menariknya mengenai penawaran MaxisONE Prime ini adalah dimana Maxis menawarkan data tanpa had untuk kedua-duanya, iaitu untuk penggunaan jalur lebar dan juga penggunaan talian mudah-alih. Sekiranya anda memilih untuk menambah beberapa talian dibawah pelan ini, ia juga akan menikmati panggilan, SMS dan data tanpa had melaluinya.

Satu lagi janji Maxis untuk penawaran pelan jalur-lebar ini adalah Zero Downtime. Perkara ini dijayakan melalui penggunaan router khusus yang hadir dengan sebuah kad-SIM. Pengguna akan dapat menikmati rangkaian jalur-lebar tetap berkelajuan tinggi dengan mudah, dan sekiranya mengalami sebarang gangguna, jalur lebar tetap ini akan berubah kepada rangkaian 4G secara automatik.

MaxisONE Prime

MaxisONE Prime

MaxisONE Prime ini ditawarkan pada harga bermula RM367 sebulan yang menyertakan langganan satu talian mudah-alih tanpa had panggilan, SMS dan data – dan juga jalur-lebar talian tetap 30Mbps.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman MaxisONE Prime hari ini dan melanggannya. Maxis mengatakan mereka kelak akan hadir dengan penawaran perusahaan untuk pelan ini

Kemaskini Sekuriti Untuk Router D-Link DIR850L Bagi Pengguna TM Kini Boleh Dimuat-Turun

$
0
0

Pihak D-Link Malaysia telah mula menawarkan kemaskini sekuriti untuk router D-Link DIR-850L sejak penghujung September lepas. Pada peringkat awal, ia hanya ditawarkan untuk router yang dibeli pengguna daripada kedai secara berasingan – sementara pengguna TM dan TIME dinasihatkan menantikan kemaskini seterusnya.

Terkini, pihak D-Link dilihat telah mengemaskini halaman kemaskini perisian, dan telah mula menawarkan kemaskini sekuriti untuk pengguna Telekom Malaysia.

Melalui kemaskini sekuriti baru ini, ia mengatasi pelbagai kerentanan yang dikenal-pasti pada router berkenaan, termasuk mematikan akses fail web daripada laman WAN. Kemaskini ini juga turut menambah “@unifi” pada SSID WiFi anda.

Bagi anda yang menggunakan router D-Link DIR-850L, boleh memuat-turun fail kemaskini hari ini, dan mengikuti kaedah menaik-tarafnya melalui dokumen yang disertakan bersama fail berkenaan.

Muat-Turun Kemaskini D-Link DIR-850L untuk TM

SKMM Ingin Guna Spektrum 700MHz Untuk Jalur-Lebar Mudah-Alih Bermula 2019

$
0
0

Salah satu perkara utama dalam menawarkan perkhidmatan atau talian telekomunikasi mudah-alih adalah penggunaan spektrum untuk memancarkan perkhidmatan. Terkini, SKMM telah membuka bidaan untuk spektrum pada frekuensi 700MHz bagi penyedia perkhidmatan telekomunikasi menggunakannya dalam menawarkan perkhidmatan LTE.

Buat masa ini, blok spektrum 700Mhz digunakan oleh perkhidmatan penyiaran analog di Malaysia. Ia dijangka akan disediakan untuk perkhidmatan mudah-alih bermula 1 Januari 2019 kelak.

Dengan menggunakan spektrum 700Mhz ini, ia akan menawarkan kadar penembusan dalam bangunan yang lebih baik berbanding pada hari ini. Disamping itu, ia juga membolehkan penyedia perkhidmatan meliputi kawasan yang lebih luas dengan menggunakan lebih kurang pusat pemancar. SKMM turut menyasarkan ia dapat meliputi kawasan pendalaman dalam membolehkan penduduk dikawasan pendalaman dapat menikmati internet berkelajuan tinggi melalui talian mudah-alih mereka.

Pihak SKMM turut menyediakan beberapa syarat untuk menggunakan spektrum berkenaan, termasuk mengatakan penyedia perkhidmatan telekomunikasi perlu menawarkan kelajuan minimum 30Mbps menjelang 2020 kelak.

Sekiranya berjaya mendapatkan spektrum ini, pihak SKMM turut menetapkan yang mana syarikat berkaitan perlu menawarkan perkhidmatan mereka melalui frekuensi 700Mhz sebelum penghujung 2019, disamping turut mengurangkan harga pakej jalur lebar mudah-alih mereka.

Kerajaan Sasar Kelajuan Minima 30Mbps Untuk Jalur Lebar Mudah-Alih Menjelang 2020

$
0
0

Bersama-sama dokumen bidaan untuk spektrum 700Mhz, pihak SKMM turut menyatakan yang mana mereka menyasarkan untuk penyedia perkhidmatan telekomunikasi menawarkan jalur lebar mudah-alih pada kelajuan 30Mbps menjelang 2020 kelak. Ia merupakan sebahagian daripada sasaran RMK-11.

Disamping itu, melalui penggunaan teknologi LTE dan spektrum baru, SKMM menyasarkan yang mana rangkaian LTE meliputi sekitar 95% kawasan berpenduduk di Malaysia menjelang 2020, dan 98% kawasan berpenduduk menjelang 2023 kelak.

Sebagai proses memudahkan penyedia perkhidmatan menawarkan kawasan liputan yang meluas, SKMM kini telah membuka bidaan untuk spektrum 700Mhz. Melalui spekstrum rendah ini, ia dijangka dapat meliputi kawasan yang lebih luas berbanding spektrum lain.

SKMM juga turut menekankan yang mana perkhidmatan mudah-alih turut perlu meliputi lebuhraya utama dan juga laluan keretapi – termasuk KTM, KL Monorail, MRT, LRT dan juga KLIA Express menjelang 2023 kelak. Disamping itu, harga penawaran juga perlulah lebih rendah berbanding penawaran pakej jalur lebar mudah-alih pada hari ini.

Buat masa ini, pelbagai syarikat telekomunikasi telah mula melihat kepada rangkaian 4.5G dan juga 5G. Dengan perkembangan teknologi, tidak mustahil untuk syarikat telekomunikasi tempatan mencapai angka berkenaan menjelang 2020 kelak.

Apa kata anda?

Celcom Menawarkan Kuota Sehingga 100GB Super VideoWalla Untuk Penstriman Video Kepada Pelanggan First Gold

$
0
0

Penstriman video sekarang boleh dilakukan dengan lancar pada resolusi HD penuh menerusi peranti mudah alih. Satu-satunya halangan bagi pengguna ialah kuota bulanan data yang rendah untuk menstrim kandungan. Celcom hari ini melancarkan Super VideoWalla dan VideoWalla kepada pelanggan First Gold mereka. Penawaran ini memberikan kuota penstriman video sehingga 100GB.

Bagi pelanggan Celcom First Gold RM 80 (20GB) mereka akan diberikan kuota 30GB Video Walla. Pelanggan Celcom First Gold RM 98 (40GB) pula mereka diberikan kuota 100GB Super VideoWalla. Kesemua ini diaktifkan secara automatik kepada pelanggan sedia ada untuk tempoh 12 bulan.

Menurut Celcom, kuota Super VideoWalla akan hadir untuk pelanggan-pelanggan Celcom baru bermula 20 Oktober 2017. Untuk para pelanggan yang sedia ada pula ia akan diaktifkan bermula 26 Oktober 2017.

Kuota penstriman video ini hanya boleh digunakan pada perkhidmatan YouTube, iflix, Netflix, Tonton, Astro GO, dimsum, HeroTalkies, MOX
Digital, Metro TV dan DailyMotion. Untuk maklumat lanjut sila layari laman Celcom.

Unifi Lite 10Mbps Ditawarkan Pada Harga Langganan RM99 Sebulan Untuk Tempoh Terhad

$
0
0

Kemaskini : TM mengumumkan mereka menangguhkan penawaran pakej promosi baru ini.


Telekom Malaysia telah memperkenalkan pakej Unifi Lite pada harga serendah RM129 pada bulan April lepas. Kini, untuk tempoh terhad, pelanggan turut boleh mendaftar pakej Unifi Lite dengan kelajuan 10Mbps pada harga serendah RM99 sebulan.

Telekom Malaysia mengatakan pakej ini ditawarkan untuk tempoh terhad sehingga 31 Disember 2017 kelak. Pelanggan yang mendaftarnya, boleh menikmati pakej berkenaan pada harga langganan RM99 untuk tempoh selama 24 bulan sejak pendaftaran.

Unifi Lite adalah pakej yang menawarkan kelajuan muat-turun 10Mbps, dan muat-naik 5Mbps. Tiada sebarang minit panggilan percuma yang ditawarkan, tetapi pelanggan masih boleh menikmati akses HyppTV melaluinya.

Pada harga langganan RM99, semestinya ia merupakan salah satu penawaran yang menarik daripada Telekom Malaysia untuk pakej Unifi. Mungkinkah kita akan melihat harga yang lebih rendah untuk Unifi Edu kelak?

Kemaskini Wakil TM mengatakan promosi ini terhad di beberapa lokasi.

Telekom Malaysia Menangguhkan Penawaran Promosi Unifi Lite RM99

$
0
0

Semalam, pihak Telekom Malaysia telah mengesahkan penawaran pakej Unifi Lite pada harga langganan RM99 sebulan untuk tempoh terhad. Walaubagaimanapun, kini, hanya selang sehari, Telekom Malaysia melalui akaun Twitter mereka mengatakan mereka akan menangguhkan kempen Unifi Lite RM99 buat masa ini.

Tiada sebab yang kukuh yang diberikan oleh pihak Telekom Malaysia untuk penangguhan ini buat masa ini.

Sebelum ini, dalam menarik lebih ramai pengguna ke pakej Unifi, Telekom Malaysia telah hadir dengan pakej berkelajuan 10Mbps dinamakan Unifi Lite. Ia ditawarkan pada harga langganan RM129 sebulan – tetapi untuk tempoh promosi, pihak TM menawarkan ia pada harga langganan RM99 sebulan untuk tempoh 24 bulan sekiranya melanggan sebelum 31 Disember 2017 ini.

Dengan penangguhan ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak TM akan menawarkannya kembali selepas ini.


Penganalisa : Streamyx Mungkin Dijenamakan Dibawah Unifi

$
0
0

Telekom Malaysia dibawah CEO baru telah mula melakukan pelbagai penjenamaan semula dan memudahkan lagi pengurusan perkhidmatan dibawah mereka.

Antara perubahan yang dilakukan adalah termasuk perkhidmatan perniagaan global dan borong diletakkan dibawah TM Global, akaun yang diuruskan dibawah TM One, dan pasaran untuk pengguna umum dibawah Unifi.

Unifi

Sebelum ini sendiri, kita telah melihat Webe dijenamakan dibawah Unifi dengan perubahan pada nama rangkaian. Kini, melalui laporan terbaru penganalisa TA Securities, mereka menyasarkan yang mana Streamyx turut mungkin akan mengikut jejak dan dijenamakan dibawah Unifi.

Dengan pengurusan dibawah satu jenama Unifi, ia akan memudahkan lagi cita-cita TM untuk menawarkan perkhidmatan dibawah satu bumbung yang meliputi perkhidmatan tanpa-wayar, jalur-lebar dan sebagainya.

Buat masa ini, laporan ini hadir daripada penganalisa sahaja, dan tidak diketahui lagi bilakah TM akan melakukannya.

OpenSignal – Maxis Menawarkan Perkhidmatan Data Terpantas Dengan U Mobile Pula Sebaliknya

$
0
0

Di Malaysia syarikat telekomunikasi berlumba-lumba meningkatkan jumlah pelanggan dengan penawaran pakej baru setiap beberapa bulan. Ada yang mahal dan ada juga yang amat mampu milik. Pengguna pasti tertanya-tanya apakah perbezaan yang kepantasan perkhidmatan data di antara syarikat telekomunikasi.

OpenSignal telah mengeluarkan laporan kelajuan data di antara syarikat telekomunikasi Malaysia untuk bulan Oktober. Maxis merajai carta dengan kelajuan muat turun 4G, 3G, kadar masa pendam terendah 4G dan kadar masa pendam terendah 3G. Yes 4G bulan menerima anugerah di dalam kategori rangkaian 4G paling tersedia dan kelajuan muat turun keseluruhan terpantas.

Di spektrum yang bertentangan, U Mobile menawarkan perkhidmatan data yang paling perlahan di antara enam syarikat telekomunikasi tempatan. Kadar masa pendam paling tinggi 4G dan 3G kedua-duanya pula adalah milik Digi.

Laporan kelajuan syarikat telekomunikasi OpenSignal ini dihasilkan dari 1,075,460,959 data yang dikumpul dari 75.288 peranti. Bagi pembaca Amanz, adalah laporan ini selari dengan pengalaman anda menggunakan perkhidmatan data di Malaysia?

Sumber Rujukan OpenSignal melalui Lowyat.Net

Gambar Tertiris Memperlihatkan Penjenamaan Semula Streamyx Dibawah Unifi Semakin Hampir

$
0
0

Lanjutan daripada laporan penganalisa sebelum ini, kini sebuah gambar tertiris hadir ke arena internet memperlihatkan seumpaam Streamyx dalam proses penjenamaan kepada sebuah nama baru dibawah Unifi.

Untuk makluman, Telekom Malaysia dibawah strategi baru menjenamakan pelbagai produk kepada pengguna umum mereka dibawah Unifi. Sebelum ini, mereka telah pun memulakan proses berkenaan dengan mengubah nama rangkaian Webe kepada Unifi – serta memudahkan proses pengguna melanggan Webe dengan menyertakan ia bersama pakej Unifi.

Streamyx Unifi

Kini, langkah seterusnya adalah menjenamakan semula perkhidmatan jalur-lebar tetap Streamyx dibawah Unifi. Nama akhirnya masih tidak diketahui, sama ada adakah Unifi Broadband, atau sebagainya.

Beberapa desas-desus juga kami dengar sebelum ini dimana sekiranya sesuatu kawasan telah sedia menyokong Unifi, pihak Telekom Malaysia tidak menawarkan pakej Streamyx dikawasan berkenaan. Malah, memandangkan harga Unifi melalui pakej Unifi Lite yang lebih murah daripada Streamyx – maka ia mungkin lebih memudahkan proses menamatkan penawaran Streamyx sedia ada lebih mudah.

Pihak Telekom Malaysia tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan penjenamaan semula ini buat masa ini.

HyppTV Akan Dijenamakan Semula Sebagai Unifi TV Bermula 12 Januari 2018

$
0
0

Telekom Malaysia telah melakukan penjenamaan semula sedikit demi sedikit untuk produk mereka – dan produk memfokuskan pengguna umum dijenamakan dibawah keluarga Unifi. Kini, selepas Webe dan Streamyx melalui penjenamaan, pihak Telekom Malaysia kini turut mengumumkan yang mana Hypp TV turut akan melalui penjenamaan semula.

HyppTV Unifi TV

Menurut Telekom Malaysia, bermula 12 Januari 2018 kelak, HyppTV akan dikenali sebagai Unifi TV, sementara HyppTV Everywhere pula akan dikenali dengan nama Unifi PlayTV.

Walaupun melalui penjenamaan, penawaran kandungan lain adalah sama seperti sebelumnya – dan pengguna boleh menggunakan perkhidmatan penstriman video berkenaan seperti sebelum ini.

Terima kasih Fizzul untuk tips.

WiFi Alliance Mengumumkan Protokol WPA3 – Lebih Menjaga Sekuriti Dan Privasi Melalui WiFi

$
0
0

WiFi Alliance, badan disebalik protokol melibatkan rangkaian WiFi hari ini telah mengumumkan protokol sekuriti terbaru WPA3 yang dijangka hadir pada tahun 2018 ini bersama sejumlah peranti generasi baru.

Melalui protokol terbaru ini, mereka akan memfokuskan kepada beberapa perkara, termasuk menawarkan perlindungan yang baik untuk pengguna yang berhubung ke sesuatu rangkaian walaupun menggunakan kata laluan yang lemah. Perkara ini dijayakan melalui sokongan penyulitan tambahan melalui protokol WPA3 ini.

Disamping itu, WPA3 juga dijangka menawarkan perlindungan privasi yang lebih baik untuk pengguna berbanding protokol sebelum ini, disamping memudahkan pengguna membuat tetapan sekuriti pada peranti mereka.

Peranti dengan pensijilan WPA3 ini dijangka akan mula dipasarkan bermula tahun ini.

Tapp – Perkhidmatan Telekomunikasi Baru Yang Tawar Ciri Jual Kembali Kuota Data Tidak Terpakai

$
0
0

Baru-baru ini, beberapa perkhidmatan telekomunikasi baru telah dilancarkan, termasuk memfokuskan kepada generasi digital. Paling terakhir kita lihat adalah daripada Maxis yang dinamakan Ookyo, dan kini sebuah lagi perkhidmatan baru hadir dinamakan Tapp.

Tapp mengatakan mereka beroperasi dibawah rangkaian Digi 4G+, dan turut menawarkan perkhidmatan digital sepenuhnya lebih kurang seperti Ookyo.

Tapp Digi

Melalui Tapp, ia menawarkan kebolehan untuk anda membuat pelan tersendiri berdasarkan kepada permintaan dan keperluan anda. Anda boleh memilih minit panggilan yang diperlukan, dan data yang anda inginkan. Ia seterusnya akan memaparkan berapakah kadar bayaran bulanan untuk pelan yang dicipta anda.

Menariknya adalah, Tapp turut memberikan kemudahan untuk anda menjual kembali data yang tidak digunakan dan diubah kepada kredit Tapp pada harga 65% daripada harga asal. Ini bermakna sekiranya anda baki data atau minit panggilan tidak digunakan, anda boleh menjual kembali ia apabila pelan anda tamat tempoh.

Tapp Android

Salah satu perkara yang mungkin turut tidak digemari ramai adalah ia juga memerlukan anda menggunakan melalui aplikasi khusus yang mengaktifkan VPN – lebih kurang seumpama Ookyo.

Pihak Tapp turut mengatakan yang mana kini ia hanya memfokuskan pengguna Android sahaja, tiada sokongan Mobile Hotspot, MNP, dan perayauan. Malah, beberapa aplikasi seperti Uber, Netflix dan Snapchat juga tidak disokong melalui talian mereka.

Anda yang berminat untuk mencubanya, boleh memuat-turun aplikasi Tapp dan membuat tempahan kad SIM percuma bersama dengannya. Pengguna akan disediakan dengan data percuma untuk Instagram selama 3 bulan, dan kredit RM3 bersama dengannya. Untuk tambah-nilai, ia menggunakan kredit tambah-nilai Digi.

Muat-Turun Tapp untuk Android

Layari : Tapp

Webe Menghentikan Pendaftaran Untuk Pelan Data Tanpa Had

$
0
0

Webe hari ini telah menghentikan pendaftaran akaun baru untuk pelan prabayar mereka – iaitu untuk Webe Broadband dan juga Webe Mobile. Ini sekaligus membuatkan anda tidak lagi boleh mendaftar akaun talian baru untuk Webe dengan pelan data tanpa had pada harga RM79, dan juga pelan Webe Broadband yang membolehkan anda berkongsi data.

Walaubagaimanapun, untuk pengguna yang telah sedia berdaftar, anda boleh menggunakan talian anda seperti biasa buat masa ini.

Langkah ini diambil oleh Webe berkemungkinan dalam usaha penjenamaan semula perkhidmatan kepada Unifi Mobile. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah Telekom Malaysia akan membuka kembali penawaran pendaftaran untuk perkhidmatan mudah-alih. Ia dijangka mereka akan hadir dengan pelan yang serba baru selepas ini, dan mungkin menawarkan harga dan pakej yang berbeza berbanding sebelumnya.


Syarikat Telekomunikasi Tune Talk Menerima CEO Baru

$
0
0

TuneTalk Merupakan salah satu syarikat telekomunikasi berasaskan kepada MVNO dan telah beroperasi sejak beberapa tahun – dan antara MVNO yang popular dipasaran tempatan. Terkini, mereka mengumumkan pertukaran ketua pegawai eksekutif mereka daripada Jason Lo kepada Ameen Abdullah.

Ameen Abdullah sendiri sebelum ini adalah CEO di RedOne dan turut pernah bekerja di Celcom untuk menguruskan MVNO.

Sebelum ini, TuneTalk diketuai oleh Jason Lo, namun pada penghujung 2017 lepas, beliau ditahan di Dubai – dikatakan sebab salah faham ketika meleraikan pergaduhan yang melibatkan kawan beliau.

Dengan lebih banyak syarikat MVNO, termasuk syarikat telekomunikasi gergasi seperti Maxis yang menawarkan alternatif perkhidmatan prabayar digital tersendiri, ia semestinya menarik untuk melihat bagaimana ketua baru Tune Talk membuat perancangan dan meneruskan operasi syarikat berkenaan.

U Mobile Hadir Dengan Pelan Prabayar Baru – RM36 Untuk 7.5GB + 7.5GB, RM26 Untuk 2.5GB + 2.5GB

$
0
0

U Mobile hari ini telah menambah dua lagi pelan prabayar baru dibawah penawaran mereka, iaitu U Mobile UMI36 dan juga U Mobile UMI 26.

U Mobile UMI 36

U Mobile UMI36 hadir dengan penawaran data sepanjang masa berjumlah 7.5GB, selain turut dilengkapi 7.5GB untuk Video-Onz membolehkan anda strim perkhidmatan seperti Netflix, iFlix, YouTube dan sebagainya. Disamping itu, ia juga turut hadir dengan sokongan penstriman YouTube tanpa had antara pukul 2 pagi hingga 10 pagi.

U Mobile UMI26 pula hadir dengan data 2.5GB untuk kegunaan sepanjang masa, selain 2.5GB untuk Video-Onz.

Kedua-dua pelan ini turut dilengkapi sokongan Music-Onz tanpa had untuk penstriman muzik, dilengkapi sokongan WhatsApp dan WeChat tanpa had, dan juga penawaran Joox VIP percuma selama 30 hari.

Pengguna yang berminat boleh melanggan pelan baru ini bermula hari ini, selain pengguna sedia ada boleh beralih ke pelan ini dengan mendail *118*6*2*3#.

Telekom Malaysia Dan Tenaga Nasional Umum Kerjasama Untuk Memacu Capaian Jalur-Lebar

$
0
0

Telekom Malaysia dan Tenaga Nasional hari ini telah mengumumkan kerjasama, dimana mereka berdua akan bekerjasama untuk membangunkan dan mengimplementasi Pelan Fiber Seluruh Negara.

TM TNB

Melalui kerjasama ini, TM dan TNB masing-masing akan berkongsi infrastruktur dan kepakaran dalam arena jalur-lebar – sekaligus membolehkan mereka memberikan akses jalur-lebar berkelajuan tinggi kepada semua pengguna tempatan.

Untuk makluman, Telekom Malaysia sedia menawarkan akses jalur-lebar kepada pelanggan, selain turut menyediakan penawaran borong untuk para penyedia perkhidmatan telekomunikasi lain.

Untuk TNB pula, mereka mempunyai infrastruktur pembekalan tenaga elektrik, dan sokongan menggunakan rangkaian transimi elektrik untuk komunikasi optik fiber. Selain daripada itu, TNB juga turut telah mengambil-alih syarikat penyedia Cyberjaya Broadband sebelum ini yang menawarkan perkhidmatan jalur-lebar kepada pengguna di Cyberjaya.

TM dan TNB turut mengatakan mereka akan berkongsi lanjut mengenai pelbagai info lanjut mengenainya kelak selepas pelbagai terma komersil dimuktamadkan.

Ericsson : Rangkaian 5G Dijangka Digunakan Meluas Di Malaysia Menjelang 2022/23

$
0
0

Rangkaian 5G kini telah menjadi bualan mulut ramai pihak, dan terdapat beberapa negara yang menyasarkan penggunaannya untuk dimulakan pada 2019 atau 2020 kelak. Menyentuh mengenainya, kini Ericsson (Malaysia) menyasarkan yang mana rangkaian 5G akan mula diimplementasi di Malaysia dalam tempoh kurang 5 tahun lagi, dan digunakan secara meluas sekitar 2022-2023 kelak.

Seperti biasa, pengenalan rangkaian 5G dijangka dilakukan secara berperingkat memandangkan ia memerlukan penaik-tarafan dari segi infrastruktur selain turut memerlukan peranti yang menyokongnya.

Buat masa ini, beberapa syarikat telah mula menguji dan mempelajari beberapa perkara mengenai implementasi rangkaian 5G di Malaysia, termasuk Celcom.

Sebelum ini, Maxis telah menjadi terawal memperkenalkan rangkaian 4G di Malaysia pada 2013 yang lepas, dan semestinya kini dengan rangkaian 5G, ia akan menyaksikan pelbagai syarikat bersaing antara satu sama lain untuk memperkenalkan rangkaian 5G di Malaysia.

Telekom Malaysia Memperlihatkan Pengganti Untuk Webe – Unifi Mobile

$
0
0

Telekom Malaysia sebelum ini telah menamatkan penawaran Webe, iaitu perkhidmatan telekomunikasi yang menawarkan data tanpa had pada harga langganan RM79 sebulan. Kini, selepas berdiam untuk beberapa hari, kini TM telah mengemaskini laman web mereka, dan memperlihatkan perkhidmatan baru yang dinamakan Unifi Mobile.

Unifi Mobile hadir dengan penawaran digital, dimana anda boleh memuat-turun aplikasi dan mendaftar akaun, seterusnya mendapatkan kad SIM dan menggunakan perkhidmatan Unifi Mobile ini.

Unifi Mobile

Unifi Mobile

Untuk tempoh promosi sehingga 31 Mac 2018 kelak (atau sehingga stok masih ada), Unifi Mobile menawarkan pendaftaran akaun percuma dengan data percuma 20GB untuk digunakan pada rangkaian LTE. Telekom Malaysia memanggilnya sebagai pelan Bebas. Ia turut hadir dengan 10 minit panggilan percuma, dan 10SMS percuma bersama dengannya.

Menggunakan Unifi Mobile, pengguna boleh menambah sebarang tambahan dengan mudah melalui aplikasi mudah-alih. Sebagai contoh, sekiranya data atau pelan panggilan anda habis digunakan, anda boleh membeli penambahan. Unifi Mobile mengatakan semua penambahan tiada tarikh luput – tetapi anda perlu memastikan akaun anda aktif setiap 90 hari dengan membeli sekurang-kurangnya satu penambahan.

Untuk penawaran penambahan pelan data, ia boleh dikatakan sedikit mahal berbanding syarikat komunikasi lain, iaitu:
8GB (4GB LTE + 4GB 3G/LTE) pada harga RM50
4GB (2GB LTE + 2GB 3G/LTE) pada harga RM30
2GB (1GB LTE + 1GB 3G/LTE) pada harga RM15
1GB internet asas (1GB 3G/LTE) pada harga RM13

Untuk internet asas, ia hanya dioptimasikan untuk penggunaan aplikasi WhatsApp, Facebook dan sebagainya yang memerlukan akses internet perlahan. Seperti biasa, anda boleh melanggan sebarang pakej tambahan ini, dan berkongsinya melalui penggunaan hotspot – sedikit berbeza dengan penawaran pelan Webe sebelum ini.

Untuk penambahan pelan panggilan dan SMS pula, Unifi Mobile menawarkan penambahan:
200 minit + 200 SMS untuk RM30
60 minit + 60 SMS untuk RM10

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak aplikasi Unifi Mobile di Android atau iOS, dan mencubanya sendiri.

Kita mungkin akan mengetahui lebih lanjut mengenainya dalam beberapa hari akan datang ini.

Layari : Unifi Mobile FAQ

Muat-Turun Unifi Mobile untuk iOS

Muat-Turun Unifi Mobile untuk Android

Terima kasih Mizik_25 untuk tips

Viewing all 1889 articles
Browse latest View live