Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1888

Menara Berkembar Petronas Antara Bangunan Tinggi Dunia Dengan Rangkaian 5G Tidak Konsisten

$
0
0

Adalah anda pernah tertanya-tanya wujudkah perbezaan rangkaian selular di tingkat bawah dan tingkat tertinggi sesebuah bangunan? Ookla telah menerbitkan laporan yang menunjukkan pengalaman rangkaian 5G di beberapa bangunan tertinggi dunia adalah amat bergantung kepada kelengkapan yang digunakan.

Oleh sebab itu Menara Berkembar Petronas adalah antara bangunan yang mempunyai perbezaan kekuatan rangkaian 5G yang besar apabila berada di tingkat bawah dan tingkat atas. Rangkaian 5G adalah memuaskan di tingkat bawah dengan bacaan -80.44 dBm tetapi merosot ke -92.67 dBm di tingkat teratas. Ini disebabkan tiada kelengkapan 5G digunakan dalam bangunan berkembar tertinggi dunia ini.

Selain Menara Berkembar Petronas, perbezaan kekuatan rangkaian 5G yang besar juga dikesan di Lotte World Tower Korea Selatan, dan Autograph Tower Indonesia.

Bangunan dengan rangkaian 5G terbaik di dunia ialah Shanghai Tower, Burj KHalifa dan Lotte World Tower. Teknologi 5G yang digunakan syarikat telekomunikasi tempatan membolehkan purata isyarat 5G yang baik berbanding bangunan tinggi yang lain. Lotte World Tower tidak mempunyai rangkaian 5G yang sekata di keseluruhan bangunan, tetapi kekuatan rangkaian di lantai bawah masih antara yang terbaik dunia.

Menarik dalam senarai ini ialah bangunan The Shard di United Kingdom mempunyai rangkaian 5G yang paling lemah walaupun UK ialah sebuah negara maju.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1888