Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1888

Telekom Malaysia Menangguhkan Penamatan Streamyx Sehingga Pertengahan Mac 2025

$
0
0

Lanjutan daripada laporan kami sebelum ini, kini ia dilihat Telekom Malaysia telah mengemaskini halaman berkenaan penamatan Streamyx dan Unifi Lite, dimana kini ia memaparkan tarikh 14 Mac 2025. TM melanjutkan tarikh penamatan sebelum ini yang disasarkan sekitar penghujung Februari 2025 ini.

Telekom Malaysia juga dilihat mengubah bentuk penyampaian, dimana berbanding menggunakan “akan ditamatkan” sebelum ini, kini TM mengatakan proses penaik-tarafan akan diselesaikan menjelang 14 Mac 2025.

Pengguna yang menggunakan Streamyx atau Unifi Lite disarankan untuk bertukar ke Unifi Broadband menjelang tarikh tersebut. Bagi anda yang sebelum ini menggunakan Streamyx atau Unifi Lite, sudahkah anda menaik-taraf ke Unifi Broadband?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1888