Kita sedia maklum bahawa perkhidmatan telekomumikasi Yoodo akan ditutup sepenuhnya pada 29 Ogos 2024. Seterusnya pelanggan diberi pilihan sama ada untuk beralih ke syarikat telekomunikasi lain atau meneruskan pelan sedia ada di bawah CelcomDigi Prepaid 5G. Sebagai penghargaan di atas kepercayaan dan sokongan yang jelas sejak enam tahun yang lalu, Yoodo memberikan data percuma sebanyak 10GB untuk setiap pengguna aktif mereka.

Dalam tangkap layar yang ditunjukkan diatas data percuma ini akan dikreditkan ke dalam akaun pengguna secara berperingkat bermula hari ini. Melaluinya sebanyak 5GB data akan diberikan pada 24 Julai 2024 kemudian selebihnya pula diterima pada 26 Ogos 2024. Selain itu, Yoodo turut berterima kasih kepada semua pelanggan yang telah menyokong mereka sebelum ini. Setiap pengguna boleh menyemak penawaran percuma ini melalui aplikasi masing-masing seperti yang dipaparkan di atas.
Baca lanjut di Amanz .