Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

U Mobile Perkenal Inisiatif Pendigitalan Institusi Pendidikan – Melancarkan Projek Rintis Nirtunai Di Sekolah

$
0
0

U Mobile hari ini memperluaskan perkhidmatan digital mereka melalui pengumuman sebuah inisiatif baharu, dinamakan “Projek Rintis : Sekolah Digital”. Melaluinya, syarikat telekomunikasi berkenaan memfokuskan dalam mendigitalkan institusi pendidikan melalui pelbagai perkhidmatan dan penyelesaian digital.

Untuk peringkat pertama inisiatif ini, U Mobile memperkenalkan projek rintis ekosistem nirtunai di empat buah sekolah awam, dimana melaluinya ia memfokuskan kepada pengurusan wang pintar melalui platform pembayaran digital.

Ini termasuk membolehkan para pelajar sekolah untuk melakukan transaksi nirtunai untuk membayar makanan di kantin, membeli barangan di koperasi, atau kedai buku sekolah. Langkah ini juga dijangka membawa kepada pengurusan wang yang cekap, selain menyediakan diri para pelajar ke era ekonomi digital.

U Mobile menjayakan program nirtunai di sekolah ini melalui kerjasama dengan pihak Vircle, yang mana sedia menawarkan penyelesaian nirtunai untuk sekolah. Menyentuh mengenai program ini juga, U Mobile menyatakan akan menaja program ini selama setahun dalam mengimplementasi ekosistem nirtunai di sekolah awam.

Baca lanjut di Amanz .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889