Telekom Malaysia Berhad (TM) dan Nxera – anak syarikat Singtel, hari ini telah mengadakan acara pecah tanah untuk pusat data mereka yang akan dibangunkan di Iskandar Puteri, Johor. Acara pecah tanah ini menandakan komitmen bersama kedua syarikat berkenaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi digital Malaysia dan salah satu persediaan kepada infrastruktur digital yang kukuh untuk masa depan.

Kampus pusat data baharu ini dijangka siap dan akan beroperasi secara komersial pada tahun 2026. Ia akan dibina menggunakan teknologi kecekapan tenaga dan kelestarian maksimum mengikut piawaian Leadership in Energy and Environmental Design (LEED).
Kepatuhan kepada piawaian LEED adalah diperlukan kerana antara isu yang hangat diperkatakan mengena pusat data sekarang ialah penggunaan kuasa serta air untuk penyejukan yang tinggi. Apabila siap kelak pusat data ini akan menggunakan 64MW tetapi boleh dikembangkan ke 200MW sekiranya diperlukan di masa depan.
Pembangunan seumpama ini juga sekaligus bertepatan dengan usaha kerajaan untuk memacu ekonomi digital dan hasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai hab untuk pertumbuhan industri, pembangunan AI dan inovasi pada masa hadapan. Tahun 2024 ialah tahun pusat data dan AI bagi negeri Johor yang menerima pelaburan besar bukan sahaja dari Nxera tetapi juga NVIDIA, dan Bytedance.
Baca lanjut di Amanz .