Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

CelcomDigi Mengatakan Usaha Pemodenan Rangkaian Kini Telah Melangkaui 50%

$
0
0

CelcomDigi kini berkongsi perkembangan berkenaan dengan usaha pemodenan dan pengintegrasian rangkaian mereka, menyatakan kini ia telah melangkaui kadar 50% – sekaligus memperlihatkan angka berkenaan dicapai lebih awal daripada jangkaan.

Sebelum ini, CelcomDigi menyasarkan usaha pemodenan dan integrasi rangkaian dijangka mengambil masa sekitar tiga tahun. Dengan kadar naik-taraf yang kini berlaku dengan lebih pantas, CelcomDigi menyasarkan untuk mencapai kadar 75% naik-taraf rangkaian menjelang penghujung 2024 kelak.

CelcomDigi menyatakan perkara ini akan membuatkan mereka mempunyai rangkaian infrastruktur yang paling moden di Malaysia, sekaligus turut memposisikan mereka sebagai antara syarikat yang berupaya membangunkan rangkaian kedua 5G di Malaysia.

Pihak CelcomDigi pernah berkongsi menyatakan usaha integrasi rangkaian antara Celcom dan Digi hasil pergabungan, disamping usaha pemodenan rangkaian ini membawa kepada kadar kelajuan rangkaian yang lebih tinggi, selain kekuatan liputan rangkaian yang lebih dipertingkatkan.

Kita mungkin akan melihat integrasi menyeluruh rangkaian Celcom dan Digi, termasuk pemodenan rangkaian ini mencapai 100% pada awal 2025 kelak.

Baca lanjut di Amanz .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889