Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1901

U Mobile Dilaporkan Merancang Penyenaraian Awam IPO Pada Pertengahan Pertama 2025

U Mobile kini dilaporkan sedang merancang untuk penyenaraian awam atau IPO menjelang pertengahan pertama 2025. Pihak U Mobile dijangka memulakan permohonan pemfailan IPO sekitar penghujung bulan ini atau pada Ogos kelak.

Image may be NSFW.
Clik here to view.

Melalui penyenaraian awam di bursa kelak, U Mobile disasarkan meraih dana sekitar RM2.3 bilion, yang akan membantu syarikat tersebut dalam terus memperluaskan perkhidmatan dan produk mereka. Penyenaraian ini juga dijangka menilaikan syarikat U Mobile sekitar RM10 bilion.

Sekiranya semua berjalan lancar, penyenaraian U Mobile dijangka menjadi antara penyenaraian bersaiz besar dalam tempoh lapan tahun ini.

U Mobile sebelum ini telah ditubuhkan pada 2006 yang lepas, dan mempunyai jutaan pengguna yang menggunakan perkhidmatan telekomunikasi berkenaan. Baru-baru ini, turut hadir desas-desus menyatakan Maxis pernah pertimbang untuk mengambil-alih U Mobile, tetapi perkara berkenaan seperti tidak diteruskan.

Baca lanjut di Amanz .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1901

Trending Articles