Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

TM Umum Pengenalan SST 8% Untuk Langganan Unifi TV Berasingan, Perkhidmatan Awan

$
0
0

Selari pengenalan caj Cukai Jualan dan Perkhidmatan sebanyak 8% berkuat-kuasa hari ini, 1 Mac 2024, kini Telekom Malaysia mengumumkan kemaskini caj cukai SST untuk beberapa perkhidmatan dibawah mereka.

Menurut TM, caj perkhidmatan sebanyak 8% tertakluk kepada beberapa perkhidmatan dibawah mereka, termasuk langganan Unifi TV secara berasingan, perkhidmatan awanan, perkhidmatan penyelesaian pemasaran digital, dan juga perkhidmatan keselamatan.

Caj perkhidmatan baharu ini akan diperlihatkan pada bil bulanan, bermula Mac atau April mengikut bil seseorang pengguna.

TM turut menekankan caj cukai perkhidmatan Unifi Broadband, Unifi Mobile dan telekomunikasi lain adalah kekal 6% seperti sebelum ini.

Baca lanjut di Amanz .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889