Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

CelcomDigi Dan SES Umum Kerjasama Untuk Teroka Perkhidmatan Komunikasi Satelit

$
0
0

CelcomDigi kini memeterai perjanjian persefahaman dengan SES, sekaligus akan bersama meneroka kaedah menyediakan ketersambungan satelit menggunakan satelit MEO (Medium-Earth-Orbit) dan GEO (Geosynchronous Equatorial Orbit) milik SES untuk perniagaan dan komuniti di Malaysia.

Kerjasama ini akan membolehkan kedua-dua pihak meneroka pembangunan gerbang tempatan untuk perkhidmatan komunikasi satelit (SatCom).

SES pada hari ini mengendalikan 70 satelit, dimana 26 daripadanya adalah satelit MEO. Ia mengorbit pada paras ketinggian 8000km, untuk menyediakan ketersambungan maya berprestasi tinggi dimana-mana sahaja di dunia.

CelcomDigi dijangka akan meneroka kaedah untuk menawarkan perkhidmatan ketersambungan seperti 4G, 5G, SDWAN, dan WiFi terurus, menerusi teknologi satelit SES.

Baca lanjut di Amanz .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889