Tahun lepas Maxis mula meningkatkan kuota 5G kepada pelanggan pascabayar mereka. Kini selepas berbulan pemilik akaun menikmati kuota tambahan, pelanggan pelan perkongsian iaitu Maxis Postpaid Share 48 kini turut menerima lebih kuota.

Bermula 29 Februari 2024, semua pengguna pelan ini akan menerima kuota 50GB berbanding 30GB sebelum ini. Kuota ini adalah kuota tetap bagi pelan perkongsian bukannya kuota yang diberikan oleh pemilik akaun untuk dikongsi. Maxis turut memberikan contoh jika anda adalah pengguna pelan Maxis Postpaid 139 dan mempunyai dua pelan Postpaid Share 48, anda akan menerima 40GB kuota tambahan iaitu 20GB pada setiap pelan.

Kuota tambahan percuma ini terhad kepada pelanggan Maxis yang tidak melanggan sebaran pelan Internet baik jalur lebar atau gentian optik. Kerana mereka yang mempunyai pelan Internet di rumah sudah menerima kuota tanpa had. Perubahan ini akan berlaku pada 29 Februari secara berperingkat.
Baca lanjut di Amanz .