Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1905

Menteri Komunikasi Mencadangkan Untuk Starlink Membuka Pejabat Di Malaysia

$
0
0

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil kini menyatakan telah mencadangkan untuk Starlink membuka pejabat di Malaysia. Seperti ramai sedia maklum, sebelum ini Starlink telah mula ditawarkan di Malaysia, sekaligus membolehkan pengguna tempatan melanggan dan menikmati akses internet yang terus dipancar melalui satelit.

Disamping mencadangkan berkenaan pembukaan pejabat, Menteri juga turut berbincang berkenaan dengan sokongan “Direct-To-Cell” yang bakal diperkenalkan oleh Starlink. Ia dibincangkan supaya Starlink bekerjasama dengan penyedia telekomunikasi tempatan untuk ciri baharu berkenaan.

Direct-To-Cell” akan menawarkan kebolehan untuk mengakses perkhidmatan selular melalui pancaran satelit. Menariknya mengenai ciri ini adalah pengguna boleh menggunakan peranti sedia ada, dan tidak memerlukan sebarang peranti tambahan.

Buat masa ini, semua ini adalah pada peringkat perbincangan dan cadangan awal. Ia tidak diketahui lagi apakah respon Starlink untuk perkara yang dibangkitkan berkenaan.

Baca lanjut di Amanz .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1905

Trending Articles