Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

U Mobile Memperkenalkan Pelan Unlimited Hero P139 Dengan Data Tanpa Had – Termasuk Untuk Perayauan

$
0
0

U Mobile hari ini telah memperkenalkan pelan pascabayar mereka yang terbaru, iaitu Unlimited Hero P139. Melaluinya, U Mobile menawarkan akses data berkelajuan tinggi tanpa had, selain panggilan tanpa had melaluinya.

U Mobile dilihat menyasarkan pelan ini kepada mereka yang sering ke luar negara, disamping yang ingin menikmati kandungan pada resolusi tinggi.

Unlimited Hero P139 ini turut menyertakan sokongan data 50GB untuk hotspot, dan 3GB data percuma untuk perayauan di pelbagai negara melalui apa yang dipanggil sebagai Roam-Onz. Bersempena dengan pelancaran ini, ia menawarkan data percuma untuk digunakan di 36 buah negara – termasuk Amerika Syarikat, Arab Saudi, UK, Singapura, dan Korea Selatan.

U Mobile Roam-Onz

Dengan adanya pelan baru ini, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk kekal berhubung ketika berada diluar negara, dan tidak perlu membayar lebih atau melanggan sebarang talian baru dinegara yang dituju – apatah lagi ketika musim percutian masa kini.

U Mobile mengatakan pelan Roam-Onz percuma ini akan disertakan selama 24 bulan untuk pelanggan yang mendaftar pelan Unlimited Hero P139 ini antara hari ini sehingga penghujung Februari 2019 kelak.

Layari : Unlimited Hero P139


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889