Pengguna Maxis kini nampaknya menghadapi masalah untuk mengakses sejumlah web, selain turut menghadapi masalah untuk mengakses permainan atas-talian. Masalah disebaliknya masih tidak diketahui lagi buat masa ini.
Pihak Maxis masih tidak mengumumkan mengenai gangguan ini melalui saluran media sosial mereka buat masa ini. Walaubagaimanapun, khidmat pelanggan yang kami hubungi mengesahkan berkenaan gangguan rangkaian ini.
Daripada pengamatan kami, rangkaian Maxis ini dilihat menghadapi masalah sejak lewat malam tadi – dimana bukan sahaja perkhidmatan mudah-alih terjejas, tetapi juga pengguna perkhidmatan fiber daripada Maxis.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah masalah ini akan diatasi sepenuhnya.