Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Maxis Kini Menawarkan iPhone 6S Melalui Pelan Zerolution

$
0
0

Maxis pada tahun ini telah memperkenalkan pelan Maxis Zerolution, yang mana membolehkan para pengguna mendapatkan peranti pada harga yang rendah, dan boleh mengubah peranti anda setiap tahun apabila hadirnya kemaskini peranti yang baru.

Ketika pengenalan, ia lebih memfokuskan kepada penawaran peranti Android sahaja, dan hari ini, Maxis turut telah menambah iPhone 6S dan iPhone 6S Plus dibawah pelan berkenaan.

Maxis Zerolution

Untuk iPhone 6S, pengguna boleh mendapatkan ia pada bayaran RM100 sebulan selama 24 bulan dan mendapatkan peranti berkenaan. Ataupun anda turut boleh memilih untuk menambah RM20 untuk mengubah ke iPhone versi baru setiap 12 bulan dan tambahan RM15 untuk insuran perlindungan – menjadikan langganan bulanan adalah RM135.

Untuk iPhone 6S Plus pula, ia bermula pada harga bayaran bulanan RM121 untuk 24 bulan – atau RM156 sebulan untuk menukar peranti setiap 12 bulan.

Hendaklah diambil perhatian yang mana ini hanya harga untuk peranti sahaja – dan tidak termasuk pakej langganan pelan pascabayar.

Mungkin jika anda sering menukar peranti anda setiap tahun – dan ingin mendapatkan iPhone baru setiap kali ia keluar, pelan Maxis Zerolution ini sesuatu yang sangat sesuai untuk anda.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889