Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

TM Menafikan Laporan Mengatakan Harga Internet Di Malaysia Mahal

$
0
0

Beberapa minggu lepas, kita telah mendengar mengenai salah satu laporan mengatakan harga internet di Malaysia agak mahal berbanding beberapa negara lain. Kini, menjawab mengenainya, Telekom Malaysia menafikan perkara tersebut.

TM dipetik mengatakan yang mana berbanding negara lain, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi kos perlaksanaan rangkaian infrastruktur di Malaysia, termasuklah faktor geografi dan saiz sesebuah negara. TM mengatakan Malaysia dengan kawasan pendalaman serta bentuk topografi berbentuk banjaran dan gunung yang meliputi sebahagian besar negara, menjadikan perlaksanaan sebuah negara yang tersambung sangat mencabar.

Pada masa yang sama, TM turut mengatakan yang mana laporan Ookla Net Index adalah kurang tepat, kerana ia tidak menjelaskan pelbagai faktor seperti kawasan liputan dan sebagainya tidak diambil kira. Malaysia dilaporkan mempunyai tahap kelajuan purata sekitar 5.7Mbps, dan penembusan jalur-lebar telah mencapai sehingga 67.2 peratus.

Baru-baru ini, pihak Telekom Malaysia telah memperkenalkan perkhidmatan jalur-lebar tanpa wayar mereka, dinamakan TMgo. Apa pun, harganya boleh dikatakan agak tinggi (untuk penggunaan kawasan luar bandar) buat masa permulaan ini, disamping harga Streamyx yang masih tidak berubah selepas beberapa tahun.

Sebelum ini, ramai pengguna mula mempersoalkan harga internet yang ditawarkan di Malaysia, terutamanya TM memandangkan beberapa syarikat baru lain menawarkan pakej pada harga lebih rendah (tetapi dengan kawasan liputan yang amat kecil). Pada masa yang sama, pihak PIKOM turut mengeluarkan kenyataan sebelum ini meminta harga internet di Malaysia untuk diturunkan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889