Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

AirAsia Membuka Akses WiFi Dalam Penerbangan Untuk Permesejan – RM8 Untuk 3MB

$
0
0

AirAsia telah memulakan ujian untuk sokongan WiFi dalam pesawat sebelum ini, dan kini, mereka telah pun memulakan penawaran perkhidmatan tersebut kepada para pelanggan yang menaiki pesawat AirAsia dengan sokongan WiFi.

Melalui perkhidmatan yang dinamakan roKKi Chats daripada AirAsia ini, akses WiFi yang ditawarkan adalah khusus untuk aplikasi WhatsApp, Line dan juga WeChat. Pengguna dihadkan kepada kuota 3MB untuk penggunaan aplikasi berkenaan, dan ia ditawarkan pada harga RM8 untuk satu penerbangan. Untuk tempoh terhad, pihak AirAsia menawarkan ia pada harga promosi RM5.

AirAsia WiFi

Perkhidmatan ini akan menyokong sehingga 90 pelanggan dalam sesuatu penerbangan, dan pengguna perlu membeli token untuknya didalam pesawat.

Setiap penerbangan akan menyertakan kelajuan akses pada 1.33Mbps, dan kelajuan untuk setiap penumpang bergantung kepada bilangan peranti aktif yang digunakan pada penerbangan tersebut. Selain daripada itu, selepas anda tamat menggunakan kuota 3MB, kelajuan akses anda akan dikurangkan menjadi hanya 10Kbps sahaja.

Perkhidmatan ini hanya boleh digunakan oleh penumpang pada ketinggian 10,000 kaki dan ke atas sahaja, dan akan dimatikan ketika dibawah ketinggian tersebut.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889