Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

DUM DUM Data SIM TuneTalk Mudahkan Pelancong Di Malaysia – Serendah RM12, Tanpa Pendaftaran

$
0
0

TuneTalk telah melancarkan pelan baharu yang dinamakan DUM DUM Data SIM, dan direka khusus untuk pelancong yang berkunjung ke Malaysia. Pelan ini menawarkan kemudahan tanpa memerlukan sebarang pendaftaran rumit atau caj tersembunyi, menjadikannya salah satu perkhidmatan terawal yang menawarkan kemudahan seperti ini di Malaysia.

Dengan konsep plug-and-play, pengguna boleh terus mengakses internet berkelajuan tinggi sebaik sahaja mendarat. Pelan ini hadir dengan dua pilihan:

  • DUM DUM Lite yang berharga RM12, dan menyediakan 20GB internet pantas dengan tempoh sah selama 15 hari.
  • DUM DUM Pro dengan harga RM20, dan menawarkan 40GB internet pantas yang sah selama 15 hari.

Menariknya, kedua-dua pelan ini turut menyediakan kemudahan hotspot tanpa caj tambahan yang menjadi nilai tambah menarik kepada pengguna. Kad SIM DUM DUM ini boleh didapati di Lokasi seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA Terminal 1 & 2), Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889