Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Maxis Home Solar Kini Ditawarkan Ke Seluruh Semenanjung Malaysia

$
0
0

Maxis hari ini mengumumkan Maxis Home Solar akan mula ditawarkan ke seluruh Semenanjung Malaysia bermula bulan Mei ini. Sebelum ini Maxis Home Solar ditawarkan di Lembah Klang sahaja selepas dilancarkan pada Februari lalu. Melaluinya pelanggan boleh memasang panel solar di rumah bagi mengurangkan bil elektrik bulanan.

Di bawah Maxis Home Solar, penjimatan sehingga 25% bil elektrik bulanan dapat dinikmati dengan pelanggan juga akan didaftarkan di bawah NEM (Net Energy Metering), dimana tenaga janaan lebihan boleh dieksport ke grid TNB, sekaligus mengurangkan caj elektrik bulanan.

Enam pakej ditawarkan oleh Maxis Home Solar dengan bayaran adalah antara RM310 sebulan hingga RM720 sebulan bergantung kepada saiz rumah. Ini seterusnya memberikan penjimatan bil elektrik bulanan antara RM100 hingga RM 280 bergantung kepada saiz panel solar yang digunakan. Bayaran bulanan adalah merangkumi langganan panel solar, inverter, pemasangan, penyelenggaraan dan pemantauan proaktif daripada Maxis.

Perkhidmatan pada ini hanya ditawarkan kepada pemilik rumah harta tanah, bil elektrik bulanan sekurang-kurangnya RM200 dan bumbung yang mempunyai dedahan kepada sinar matahari yang baik. Setiap pelanggan juga akan menerima jaminan serta bantuan teknikal daripada Maxis Home Solar selama 10 tahun termasuk isu gangguan bekalan, dan kerosakan kelengkapan termasuk jika disebabkan oleh gigitan tikus. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Maxi Home Solar, sila ke laman rasmi mereka hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889