Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Maxis Hadir Dengan Perkhidmatan Langganan Solar Untuk Rumah – Terhad Di Lembah Klang

$
0
0

Maxis kini dilihat hadir dengan sebuah perkhidmatan baharu, dinamakan Maxis Home Solar. Melaluinya, ia menawarkan perkhidmatan berbentuk langganan yang membolehkan pengguna memasang panel solar di rumah, dan menggunakannya dalam menjana tenaga untuk penggunaan peralatan elektrik.

Maxis mengatakan ia ditawarkan secara terhad buat masa ini, dan eksklusif untuk pelanggan Maxis di Lembah Klang. Mereka yang berminat boleh mendaftar minat, dan Maxis akan menghubungi untuk proses selanjutnya.

Dibawah Maxis Home Solar, Maxis mengatakan mereka menggunakan panel solar dan inverter yang berkualiti tinggi. Penawaran ini hadir dengan kontrak selama 10 tahun, dan pengguna dijangka akan dapat menjimatkan sehingga 25% bil elektrik semasa mereka. Pelanggan juga akan didaftarkan dibawah NEM (Net Energy Metering), dimana tenaga janaan lebihan boleh dieksport ke grid TNB, sekaligus mengurangkan caj elektrik TNB.

Maxis Home Solar tidak mempunyai harga langganan tetap, dan anda akan dicadangkan dengan penyelesaian khusus selepas pihak Maxis menilai rumah anda. Pengguna boleh memilih untuk membayar bil bulanan tetap atau memilih untuk membayar berasaskan kepada tenaga yang dijana melalui panel solar berkenaan.

Maxis mengatakan kebiasaannya memasang panel solar akan memakan kos RM30,000 ke RM50,000 – tetapi dengan Maxis, pengguna perlu melakukan wang pendahulan RM1,000, dan seterusnya mengikut tetapan bayaran bulanan.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan pendaftaran minat di laman rasmi Maxis hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889