Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Presiden Trump Dihadiahkan Mesin Kelui Emas Bagi Memperingati Serangan Bom Israel

$
0
0

Pada September tahun lalu, 12 orang terkorban sementara 2750 lagi tercedera di Lubnan apabila mesin kelui yang mengandungi bom diletupkan oleh Israel. Agensi risikan Israel Mossad adalah dalang di sebalik serangan besar-besaran ke atas anggota Hesbollah dengan kemudian serangan kuda pula dilakukan menggunakan walkie-talkie yang meragut 30 lagi nyawa.

Semalam Presiden Donald Trump dihadiahkan sebuah kelui emas oleh Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu bagi memperingati serangan yang telah dilakukan. Hadiah diberikan sebagai tanda menghargai Trump yang merupakan seorang rakan baik serta sekutu rapat Israel.

Ketika kali pertama menjadi presiden, Trump memindahkan kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis yang dilihat sebagai menyucikan tindakan Israel mencuri tanah milik Palestin. Dalam lawatan terkini Netanyahu ke Amerika Syarikat tahun ini, Trump mengatakan warga Palestin seharusnya meninggalkan Gaza bagi membenarkan Amerika Syarikat membangunkannya semula menjadi sebuah kawasan peranginan.

Beliau turut mengeluarkan arahan eksekutif mengenakan sanksi ke atas anggota Mahkamah Jenayah Antarabangsa yang melakukan siasatan ke atas jenayah genosid yang dilakukan oleh Israel sejak 7 Oktober 2023.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889