Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1908

DNB Melancarkan Secara Rasmi Rangkaian 5G-Advanced

$
0
0

Digital Nasional Berhad dan Ericsson hari ini melancarkan secara rasminya teknologi rangkaian 5G-Advanced melalui infrastruktur rangkaian DNB, sekaligus membolehkan para pelanggan menikmati rangkaian 5G-A pada peranti masing-masing. Melalui penggunaan teknologi ini, ia sekaligus menambah-baik lagi pengalaman pengguna melalui penawaran masa pendam rendah, selain kadar pemindahan data lebih pantas.

Disamping itu, rangkaian DNB juga turut dilengkapi dengan sokongan kecerdasan buatan Ericsson dalam memastikan rangkaian sentiasa beroperasi pada prestasi tinggi. 5G-Advanced dikatakan sanggup menampung pengguna dalam stadium tanpa sebarang masalah, berbeza dengan rangkaian 5G sedia ada yang sering mempunyai masalah untuk menampung pengguna yang ramai serentak.

Pada masa yang sama, penggunaan rangkaian 5G-Advanced turut dikatakan menawarkan penjimatan lebih pada penggunaan bateri, memastikan peranti digunakan lebih lama. Selain untuk pengguna, peningkatan dan kemaskini rangkaian ini dilihat lebih menyasarkan untuk penggunaan industri.

Pengguna rangkaian 5G sedia ada akan mula melihat label 5G-A pada peranti masing-masing sekiranya berada di lokasi dengan rangkaian 5G-Advanced ini.

Ia turut dikongsikan, setakat Disember 2024 yang lepas, Malaysia telah mencatatkan seramai 18.2 juta langganan perkhidmatan 5G, sekaligus memperlihatkan kadar penggunaan mencapai 53.4%.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1908

Trending Articles