Allo merupakan penyedia perkhidmatan internet milik Tenaga Nasional Berhad. Salah satu kelebihan Allo adalah ia menggunakan infastruktur milik TNB dalam mencapai kawasan lebih luas, terutamanya pedalaman dalam menawarkan perkhidmatan fiber.
Terbaru, Allo turut hadir dengan promosi masa terhad untuk perkhidmatan internet mereka, menawarkan pakej langganan internet pada harga lebih rendah daripada pesaing lain.

Dibawah promosi yang ditawarkan, Allo menawarkan pelan 100Mbps pada harga RM49 sebulan (berbanding harga biasa RM69 sebulan), sementara pelan 1Gbps pula ditawarkan pada harga promosi RM139 sebulan (berbanding kebiasaan RM199 sebulan).
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak kawasan penawaran Allo melalui halaman yang disediakan, dan melanggan terus melalui laman rasmi Allo hari ini.