Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1888

CelcomDigi, U Mobile Dan ZTE Mencatat Rekod Dunia Terpantas Untuk Kelajuan Mudah-Alih Mencapai 30.8Gbps

$
0
0

CelcomDigi dan U Mobile, bersama-sama rakan teknologi ZTE hari ini mencatatkan rekod tersendiri, apabila berjaya mencapai kelajuan muat-turun mudah-alih sehingga 30.8Gbps melalui penggunaan 5G-Advanced. Ujian ini dilakukan oleh ketiga-tiga pihak ini di Kuching, Sarawak – sekaligus turut dilihat sebagai kelajuan paling pantas yang pernah direkodkan di dunia setakat ini.

CelcomDigi, U Mobile dan ZTE turut mempertontonkan pelbagai teknologi dikuasakan 5G ini di luar Stadium Sarawak, bersempena dengan Sukma 2024.

Pelbagai syarikat teknologi juga turut akan memperlihatkan sokongan 5G-Advanced ini melalui siaran langsung acara pembukaan Sukma 2024 yang akan disiarkan langsung melalui saluran RTM. RTM sendiri buat julung kalinya akan merakamkan pelbagai detik-detik menarik menggunakan ekosistem nirwayar pada acara berkenaan – dan pancarkan ia terus ke kaca televisyen penonton seluruh negara. Langkah ini juga dijangka akan mencorak bagaimana liputan langsung akan dilakukan pada masa akan datang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1888