Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Aplikasi Time Internet Akan Dihentikan Pada 31 Ogos

$
0
0

Aplikasi Time Internet akan berhenti beroperasi pada 31 Ogos 2024 menurut emel yang dihantar kepada pelanggan hari ini. Justeru itu pelanggan Time kini diminta berpindah kepada aplikasi Time Home Fibre yang boleh dimuat turun menerusi Huawei App Gallery, Google Play Store dan Apple App Store.

Menurut Time, aplikasi masih menawarkan ciri sama seperti kawalan rangkaian Time di rumah, melihat status perkhidmatan untuk sebarang gangguan, pembayaran bil, dan kemampuan berbual dengan pegawai perkhidmatan jika wujud sebarang isu. Perbezaan hanyalah aplikasi yang dikatakan lebih lancar.




Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889