Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

SKMM Mengesahkan Kerjasama Dengan Penyedia Perkhidmatan Tempatan Dalam Pengurusan DNS

$
0
0

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan pengaplikasian proksi DNS atas pelayan DNS Google atau Cloudflare, sekaligus membuatkan ia tidak berfungsi seperti sebelumnya untuk melayari beberapa laman web yang telah sedia dihalang SKMM.

Menyentuh mengenainya, SKMM mengatakan mereka bekerjasama rapat dengan penyedia perkhidmatan tempatan bagi menambah baik dan memperkukuh langkah-langkah pencegahan dan perlindungan termasuklah dalam aspek pengurusan DNS (Domain Name System).

SKMM menerangkan langkah ini adalah dalam terus melindungi rakyat daripada kemudaratan atas-talian. Sejak Januari 2022 sehingga Ogos 2024, sebanyak 10,423 laman sesawang telah disekat disebabkan pelanggaran undang-undang – dan 95.7% meliputi laman-laman perjudian, lucah, pelanggaran hak cipta, pelaburan haram, dan juga pelacuran. Laman-laman ini telah disekat dalam mengekang jenayah lain, dan demi memastikan sekatan kekal berkesan, pelbagai langkah tambahan turut diambil.

Ia dikatakan langkah ini diambil sebagai usaha pendekatan holistik keseluruhan negara daripada segenap lapisan masyarakat untuk tidak melangkaui mekanisme perlindungan tersedia yang boleh memberi kesan negatif kepada diri serta keluarga.

SKMM berkongsi hal ini lanjutan daripada aduan pelbagai pengguna yang mengatakan syarikat telekomunikasi seperti Maxis dan TIME telah mengaplikasikan proksi DNS atas Cloudflare (1.1.1.1) dan juga Google (8.8.8.8), yang membuatkan pengguna tidak boleh menggunakan pelayan DNS alternatif ini untuk mengakses laman yang dihalang SKMM.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889