Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1888

Nikmati 6 Bulan Fiber Percuma & Pintarkan Rumah Anda Dari RM2/Hari Dengan CelcomDigi Fiber

$
0
0

Memiliki rumah pintar pada zaman sekarang bukan sekadar mengikuti trend tetapi ia sebenarnya mampu memudahkan kehidupan seharian anda. Namun, harga peranti pintar di pasaran sekarang agak mahal dan sukar untuk memilih jenama yang mana satu berbaloi dan sesuai dengan keperluan harian anda. 

Tahukah anda terdapat satu pelan Internet jalur lebar yang bukan sahaja mampu memberikan anda sambungan Internet yang ultra pantas dan tanpa had, malah ia juga menawarkan peranti pintar tambahan pada harga yang sangat berbaloi dengan penjimatan besar. Ya, itu lah CelcomDigi Fiber. 

Ambil Kira Bajet Dan Pilih Pelan Yang Sesuai Untuk Penggunaan Internet  Anda

Sebagai pemilik rumah, bajet dan kelajuan Internet adalah faktor penting dalam usaha memiliki rumah pintar yang serba lengkap. Oleh itu, CelcomDigi Fiber menyediakan  pelbagai pilihan pelan Internet jalur lebar yang berbaloi, bermula dari kelajuan 100Mbps sehingga 1Gbps.

Lagipun, jika anda merupakan pengguna pascabayar CelcomDigi 5G, Celcom atau Digi yang sedia ada, anda boleh menikmati 6 bulan langganan percuma apabila anda melanggan pelan 300Mbps.  Apa yang lebih menarik, anda juga akan menerima penghala Wi-Fi 6 terkini serta pemasangan percuma. Penghala Wi-Fi 6 ini mampu memberikan anda kelajuan Internet yang lebih pantas, liputan Wi-Fi yang menyeluruh, dan keupayaan untuk menyambungkan semua peranti anda di rumah. Kelebihan ini menjadikan pelan CelcomDigi Fiber sangat berbaloi dan membolehkan anda menikmati Internet ultra pantas pada harga yang mesra poket dengan rebat sehingga RM1,000.

Lengkapi Rumah Anda Dengan Peranti Pintar Bermula Dari RM2/Hari

Dah ada Internet yang ultra pantass, kini tibalah masa untuk anda tambahkan peranti rumah pada harga yang tiada tandingan. Anda boleh memiliki peranti yang serba canggih sama ada untuk gaming, hiburan dan banyak lagi dari hanya RM2/hari. Anda juga dapat menikmati penjimatan yang hebat dan berbaloi berbanding membelinya di kedai kerana tiada kos pendahuluan, diberikan jaminan penuh dan integrasi Internet yang lebih lancar apabila digandingkan bersama CelcomDigi Fiber. 

Jika anda ingin menjaga aliran tunai bulanan, CelcomDigi menawarkan pembayaran fleksibel dimana anda boleh membayar harga peranti tambahan menggunakan PayFlex™ pada Beyond Card. Dengan pembiayaan mudah ini anda dapat memiliki peranti kegemaran anda dan melanjutkan tempoh ansuran pembayaran sehingga 6 bulan. Sangat mudah kan? 

Jom terokai 3 peranti yang wajib anda miliki untuk menyempurnakan rumah pintar idaman anda.

1. Penstriman Yang Lebih Immersif Sudahpun Berada Di Hujung Jari Anda

Menjelang musim sukan ini, strim acara Olimpik Paris 2024 secara langsung pada kualiti 4K dengan langganan sooka secara percuma selama 6 bulan. Digandingkan pula dengan Samsung Crystal UHD 4K Smart TV 65” pada harga RM2,454, semestinya dapat meningkatkan pengalaman tontonan anda di rumah dengan lebih selesa dan meriah. Tawaran eksklusif ini hanya sah sehingga 11 Ogos 2024.

2. PS5 Slim: Gaming Menjadi Lebih Menyeronokkan

Jika anda tinggal dengan rakan serumah, pastinya tidak sempurna hari anda tanpa bermain permainan video bersama mereka. Tapi, untuk memiliki set gaming yang lengkap pastinya mahal, bukan? Kini, anda tidak perlu risau lagi, kerana anda boleh bawa pulang PS5 Edisi Slim yang terbaharu dari RM3/hari sahaja. Lebih hebat lagi, anda juga boleh dapatkan konsol nirwayar DualSense™ tambahan secara percuma. Jadi, selepas ini bolehlah anda layan game setiap hari dengan skuad anda. 

3. Kebersihan Terjamin Dengan Robot Vakum Xiaomi

Menjaga kebersihan rumah pada zaman sekarang agak mencabar terutamanya kepada golongan dewasa dan ibu bapa yang bekerja kerana ia mengambil masa dan tenaga yang banyak. Oleh itu, anda boleh mendapatkan bantuan dari pembantu rumah elektrik anda iaitu Xiaomi Robot Vacuum E10 dimana ianya mampu untuk membersihkan rumah anda dengan hanya satu klik. Jadi, bolehlah anda pulang ke rumah dengan fikiran yang tenang kerana kini kebersihan rumah lebih terjagai. Anda juga boleh meningkatkan tahap keselamatan anda sekeluarga di rumah dengan mendapatkan pakej pengawasan pintar seperti Xiaomi Smart Camera C300 dan Xiaomi Smart Doorbell 3 untuk memantau dan mengawasi sekitar kawasan rumah anda. Pakej ini hanyalah RM312 sahaja berbanding harga asalnya RM558. Ini bermakna anda boleh jimat sehingga RM246 jika anda mendapatkannya dengan CelcomDigi Fiber.

Kesimpulan

Jadi, tunggu apa lagi? Ayuh daftar CelcomDigi Fiber sekarang dan menikmati Internet ultra pantas, tanpa had. Anda juga dapat memiliki pakej peranti pintar tambahan yang eksklusif pada harga yang berpatutan serta rasai rebat dan penjimatan yang berbaloi.

Anda juga berpeluang untuk merasai kelajuan CelcomDigi Fibre dan memenangi hadiah menarik. Jom sertai acara CelcomDigi All-In-One 5G & Fibre Experience di Sunway Carnival Mall, Seberang Perai, Pulau Pinang, dari 22 hingga 25 Ogos 2024. Menangi PS5 Slim yang baharu, baucar Touch N’ Go sehingga RM100, telefon 5G PERCUMA dan banyak lagi. Tandakan kalendar anda sekarang!

Penafian: Advertorial ini daripada CelcomDigi

Baca lanjut di Amanz .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1888