Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

U Mobile Bentuk Kerjasama Dengan TIME Dalam Pembangunan 5G

$
0
0

U Mobile hari ini mengumumkan pembentukkan kerjasama strategik bersama TIME, dimana kedua-dua pihak menyasarkan untuk bersedia dalam pembangunan 5G yang dipercepatkan oleh mereka dibawah model dwi-rangkaian 5G oleh kerajaan. Kerjasama ini menyaksikan U Mobile menggunakan rangkaian TIME dalam pembangunan dan pengenalan rangkaian 5G kedua berkenaan.

U Mobile turut menyatakan langkah ini juga memperlihatkan kesediaan mereka dalam membangunkan rangkaian 5G kedua negara dengan pantas, menggunakan pelbagai kemampuan teknologi terkini. Kedua-dua pihak juga akan turut berkongsi pelbagai perkara berkaitan, termasuk kepakaran teknikal dalam pembangunan rangkaian.

Sebelum ini sendiri, U Mobile telah bekerjasama dengan TIME dalam menggunakan rangkaian TIME untuk menyediakan penawaran perkhidmatan U Home Fibre yang meliputi lebih 1 juta rumah, terutamanya di bangunan tinggi di Semenanjung Malaysia.

Baca lanjut di Amanz .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889