Pengguna mempunyai pilihan pelan prabayar baharu lebih mampu milik menerusi pengenalan YES Prepaid FT5G 20. Ia hadir dengan kuota internet 4G dan 5G sebanyak 50GB tanpa had yang turut boleh digunakan bagi tujuan Hotspot. Selain itu pengguna juga boleh menikmati panggilan tanpa had ke semua panggilan namun caj tambahan untuk SMS masih dikenakan. Paling menariknya lagi apabila pengguna turut boleh mambawa baki data yang tidak digunakan ke bulan baharu.

Namun terdapat syarat tertentu yang perlu diberi perhatian iaitu pengguna perlu memastikan pelan ini diperbaharui semula sebelum tamat tempoh langganan semasa. Jika tidak baki data tersebut tidak boleh digunakan pada bulan berikutnya lalu mengakibatkan pengguna perlu membuat langganan baharu seperti biasa untuk meneruskan penggunaan. Penawaran ini bagaimanapun tidak tersedia untuk data tambahan berbeza yang dibeli melalui aplikasi MyYes.

Turut dimaklumkan bahawa pengguna boleh menggunakan nombor seda ada untuk bertukar ke pelan ini. Sementara itu pengguna baru pula boleh membeli pelan ini di mana-mana kedai atas talian rasmi, kioks atau pengedar sah Yes di seluruh Malaysia.
Baca lanjut di Amanz .