Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1906

Langgan UniVerse – Pelan Internet Menyeluruh Untuk Hiburan & Gaya Hidup Di Mana Sahaja, Semua Dalam Satu Bil

$
0
0

Dalam era yang serba digital hari ini, semuanya memerlukan sokongan internet. Tidak kiralah di mana pun kita berada, semuanya memerlukan sambungan internet yang baik. Contohnya, jika kita berada di luar kita mengharapkan kepada data internet. Tetapi jika berada di rumah pula, kita bergantung kepada sokongan WiFi di rumah. Jika dikira-kira semula, berapakah yang anda belanjakan hanya untuk kegunaan internet dan bagaimanakah cara anda membayarnya? 

Unifi Melancarkan UniVerse – Langgan Unifi Bermula RM139, Semuanya Dalam Satu Bil

Melalui penawaran ini, ia sedikit sebanyak memberikan kita ketenangan minda agar tidak perlu susah peningkan kepala untuk membuat pertimbangan dalam pemilihan pakej internet yang baik. Ini kerana di bawah UniVerse ini, ia menggabungkan perkhidmatan internet jalur-lebar, perkhidmatan internet mudah alih, akses kepada perkhidmatan penstriman untuk tontonan keluarga dan juga tawaran gaya hidup seperti kamera keselamatan di rumah. Pendek kata, perkhidmatan  lengkap semua dalam satu bil.

Ada beberapa  pelan  yang anda boleh pilih bergantung kepada penggunaan anda. Pelan yang kami rasakan paling berbaloi untuk dilanggan, menggabungkan internet jalur-lebar Unifi Home, Unifi Mobile dan juga akses kepada aplikasi penstriman Netflix. 

Pelan ini sangat berbaloi untuk kegunaan sekeluarga. Apa yang ditawarkan adalah pelan Unifi Home 300Mbps bersama Pascabayar 39 UNI5G yang menawarkan data 30GB bersama panggilan tanpa had, serta akses Netflix 24 bulan secara percuma, pada harga RM169 sahaja sebulan berbanding harga asalnya RM206/bulan.

Untuk pengetahuan anda, jika anda melanggan mana-mana tawaran UniVerse ini secara atas talian di unifi.com.my/universe, anda layak untuk mendapatkan baucar Shopee bernilai RM100. Anda hanya perlu meletakkan kod promo “universe” sahaja sebelum meneruskan pembayaran.

Selain itu, ada juga pilihan pelan lain yang anda boleh pilih. Antaranya adalah pelan internet untuk kegunaan di rumah dan luar kediaman, pelan hiburan untuk keluarga dan juga pelan untuk kegunaan rumah pintar. Bagi pakej kegunaan dalam rumah yang menggabungkan Unifi Home bersama akses Netflix, anda dapat menikmati internet berkelajuan 300Mbps bersama pelan Netflix yang membolehkan anda menikmati tontonan tanpa iklan pada resolusi HD dan menyokong tontonan untuk 1 peranti dalam satu masa. 

Manakala bagi pelan untuk hiburan seisi keluarga pula, pelan ini menggabungkan pakej Unifi Home untuk internet berkelajuan 300Mbps bersama Unifi TV. Walaupun tidak dipadankan bersama pakej Netflix, anda masih boleh dapatkan hiburan tanpa had melalui 77 saluran premium  Unifi TV termasuklah pek HBO, Cartoon Network, tvN Movies dan banyak lagi. Pek ini juga didatangkan bersama Unifi TV Box dan anda boleh mengakses  aplikasi penstriman yang lain seperti aplikasi Unifi TV, HBO Go, BBC Player, beIN SPORTS CONNECT, SPOTV NOW dan SIAR. Bagi harga RM159 sebulan, ia masih dikira berbaloi untuk semua jenis aplikasi penstriman ditawarkan dalam pelan ini.

Rasa geram dengan sambungan internet benda (IoT) untuk rumah pintar anda kerana tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya? Oleh sebab itulah anda perlu melanggan pelan daripada UniVerse ini. Melaluinya anda bukan sekadar dapat menggunakan pakej internet jalur-lebar 300Mbps mereka, tetapi anda juga boleh menambah baik pengawasan keselamatan rumah anda. Pelbagai peranti untuk perlindungan rumah ditawarkan dan anda boleh dapatkannya pada harga RM159 sahaja untuk setiap bulan. 

Kesimpulan

Setelah menilai semua pilihan tawaran  yang ada ini, pelan mana satukah yang memenuhi keperluan anda sebagai pengguna? Jika disimpulkan dengan lebih ringkas, pelan untuk sambungan di rumah adalah untuk anda yang hanya memerlukan hiburan asas pada harga RM139. Manakala jika anda inginkan sokongan internet di rumah bersama hiburan sekeluarga, anda bolehlah memilih pelan yang menggabungkan Unifi Home dan Unifi TV yang menawarkan pelbagai jenis saluran premium dan juga aplikasi penstriman pada harga RM159 sebulan. Sekiranya anda perlukan sambungan internet untuk sistem keselamatan di rumah pintar anda pula, bolehlah melanggan berkas Unifi Smart Home mereka yang juga berharga RM159. 

Tetapi kalau anda seorang yang jenis tidak mahu pening kepala memilih langganan internet berbeza mengikut jenis kegunaan anda, kami syorkan untuk anda melanggan pelan serba lengkap mereka yang menggabungkan pakej internet jalur-lebar Unifi Home, Unifi Mobile dan juga akses Netflix. Pada hanya RM169 sebulan, anda boleh menikmati internet di rumah, dan di mana-mana saja bersama akses kepada Netflix tanpa had selama 24 bulan. 

Yang paling penting, kesemua pilihan pelan ini boleh dibayar dalam satu bil sahaja. Memang menyenangkan untuk anda yang tidak mahu pening kepala untuk membuat pembayaran berasingan ketika membuat pembayaran internet. Jadilah pengguna yang bijak dan pilihlah UniVerse dari Unifi yang sesuai untuk anda dan seisi keluarga.

Penafian : Advertorial Daripada Unifi

Baca lanjut di Amanz .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1906

Trending Articles