Pelanggan perkhidmatan TIME sebentar tadi melaporkan gangguan untuk mengakses perkhidmatan internet. Kami sedari gangguan berlaku di pejabat kami sendiri di tengah-tengah Kuala Lumpur dan juga di beberapa lokasi seperti di Kepong. Berdasarkan reaksi di media sosial, gangguan turut dilaporkan oleh pengguna di Pulau Pinang.

Pada ketika ini pihak TIME masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai berapa lama gangguan akan berlaku serta apakah yang menyebabkannya. Selepas menghubungi talian khidmat pelanggan sebentar tadi, TIME mengesahkan berlaku gangguan dan proses memulihkannya semula telahpun dijalankan dengan anggaran masa sekitar empat jam.
Apa yang kami sedari ialah ia berkait rapat dengan tetapan DNS. Apabila menggantikan tetapan DNS menggunakan Google atau Cloudflare misalnya, perkhidmatan internet akan kembali normal. Maka untuk seketika sila ubah tetapan internet di rumah untuk menggunakan DNS selain tetapan lalai yang diberikan oleh TIME. Artikel ini akan dikemaskini selepas kami menerima maklumat lebih lanjut dan kenyataan rasmi daripada pihak TIME.
*Artikel dikemaskini dengan kawasan gangguan dilaporkan berlaku dan juga anggaran bila ia akan kembali pulih*
Baca lanjut di Amanz .