U Mobile kini hadir dengan pelan khusus untuk pengguna di Sabah dan Sarawak, dinamakan U Postpaid Borneo. Sebanyak dua pelan ditawarkan, pada harga langganan bermula RM28 sebulan.
U Postpaid Borneo 38 ditawarkan pada harga RM28 untuk tempoh promosi kini, dimana ia hadir dengan akses data tanpa had pada rangkaian 4G dan 5G. Disamping itu, ia turut menawarkan panggilan tanpa had, serta kebolehan menggunakan hotspot 5G.

Sementara U Postpaid Borneo 68 pula hadir pada harga RM68 sebulan, dan menawarkan semua penawaran lebih kurang sama seperti pelan Borneo 38, tetapi hadir dengan penambahan data perayauan 200GB untuk digunakan di Singapura, Indonesia dan Thailand.
U Mobile mengatakan data ini untuk digunakan di Sabah dan Sarawak sahaja. Namun, sekiranya mereka berada di Semenanjung Malaysia, mereka akan disediakan dengan data 10GB sebulan untuk digunakan di Semenanjung Malaysia.
Baca lanjut di Amanz .