Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1906

Unifi Mobile Memperkenalkan Pelan Pascabayar 5G Baharu Untuk Keluarga Dan Individu

$
0
0

Unifi hari ini telah mengumumkan pelan pascabayar 5G baharu untuk keluarga dan individu yang memerlukan sambungan internet mudah-alih yang serba pantas di mana-mana sahaja. Pelan-pelan ini terdiri daripada Pelan Pascabayar Keluarga Uni5G dan juga Pelan Pascabayar Uni5G.

Pelan Pascabayar Keluarga Uni5G ini terdiri daripada tiga pelan, termasuklah pelan Pascabayar Keluarga Uni5G 129, Pascabayar Keluarga Uni5G 159 dan Pascabayar Keluarga Uni5G 189. Untuk setiap pelan ini, setiap talian utama hadir dengan sambungan internet 4G dan 5G tanpa had, data hotspot sehingga 250GB sebulan dan juga panggilan suara tanpa had.

Untuk individu, Unifi Mobile turut menawarkan pelan Pascabayar Uni5G, yang terdiri daripada pelan Pascabayar Uni5G 39, Pascabayar Uni5G 69 dan Pascabayar Uni5G 99. Pelan paling mampu milik Pascabayar Uni5G 39 memperlihatkan penawaran data 4G dan 5G 30GB, data hotspot 30GB dan panggilan suara tanpa had.

Untuk pelan Pascabayar Uni5G 69 dan 99 pula, mereka tampil dengan kuota data 4G dan 5G sehingga 100GB, data hotspot sehingga 90GB dan juga panggilan suara percuma.

Untuk promosi data 4G dan 5G tanpa had untuk pelan Pascabayar Keluarga Uni5G dan pelan Pascabayar Uni5G 69 dan 99, kesemua pelan yang layak perlu didaftar bermula 28 November 2023 sehingga 31 Januari 2024 dan akan terikat dengan kontrak selama 24 bulan.

Untuk pelan pascabayar Uni5G ini, Unifi Mobile turut menawarkan peranti pintar 5G percuma, tetapi ini akan mengikat anda kepada pelan-pelan ini selama 24 bulan juga. Peranti-peranti pintar 5G yang ditawarkan termasuklah HONOR 90 Lite 5G, OPPO A98 5G, Samsung Galaxy A14 5G, Samsung Galaxy M14 5G, Realme 11x 5G, Redmi Note 12 5G, ZTE Blade A73 5G dan Vivo Y02T.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan Pascabayar Uni5G untuk individu dan keluarga ini, anda boleh melayari laman web Unifi Mobile.

Baca lanjut di Amanz .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1906