Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1903

Ookla – Kelajuan Muat-turun 5G Malaysia Ketiga Terpantas Di Dunia

$
0
0

Pelaksanaan liputan 5G di Malaysia telah menambahbaik kesalinghubungan digital sekaligus menawarkan pengalaman lancar kepada pengguna. Melaluinya YES menjadi antara pengendali terawal yang menawarkan perkhidmatan itu. Ini dikuti dengan pengendali lain seperti Celcom, Digi, Telekom Malaysia dan U Mobile pada awal November tahun lalu, sementara itu Maxis pula pada Ogos baru-baru ini.

Berkongsi lebih lanjut mengenainya, laporan terkini Ookla menunjukkan bahawa prestasi 5G di Malaysia cukup memberangsangkan pada suku ketiga 2023. Kelajuan muat-turun 5G di Malaysia adalah ketiga terpantas di peringkat global dengan kelajuan purata 485.25 Mbps. Ini meletakkan Malaysia di hadapan beberapa negara jiran terdekat seperti Singapura (338.36 Mbps), Thailand (141.65 Mbps) dan Filipina (124.58 Mbps).

Namun begitu penggunaan teknologi 5G dalam kalangan penduduk umum di Malaysia masih perlu diperbaiki kerana hanya 30.1% daripadanya sahaja yang benar-benar memanfaatkan keupayaan 5G pada peranti. Dengan ini jelas menunjukkan pengguna di negara ini masih bergantung kepada rangkaian 4G, dalam masa sama terdapat juga kebarangkalian ramai diantaranya belum melanggan pelan telekomunikasi yang menyokong 5G.

Selain itu menurut Ookla, pelaksanaan 5G turut menyokong kepada peningkatan prestasi 4G LTE di Malaysia. Melaluinya kelajuan muat-turun 4G telah meningkat kepada 3.6.95 Mbps berbanding 24.04 Mbps pada suku ketiga tahun lalu. Kelajuan muat naik juga terus bertambah baik dalam tempoh yang sama, namun tiada pula nilai purata yang dinyatakan secara khusus menerusi laporan.

Untuk rekod kerajaan sebelum ini sedia menetapkan sasaran untuk rangkaian 5G mencapai 80% menjelang awal tahun 2024. Walaupun ini kedengaran menarik namun realitinya prestasi juga dijangka berkurang dari masa kesemasa disebabkan semakin ramai yang menggunakannya kelak.

Baca lanjut di Amanz .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1903

Trending Articles