Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1909

Malaysia Airlines Sediakan WiFi Tanpa Had Secara Percuma Untuk Penerbangan Terpilih Bermula 1 November

$
0
0

Bermula esok, 1 November 2023, Malaysia Airlines akan mula menyediakan akses WiFi tanpa had secara percuma untuk sejumlah penerbangan terpilih. Ini sekaligus akan membolehkan para penumpang Malaysia Airlines untuk menikmati akses internet ketika dalam penerbangan – tanpa kira kelas keahlian atau tiket penerbangan.

Malaysia Airlines akan menawarkan perkhidmatan ini pada pesawat penerbangan A350-900, A330-300 dan A330-200, sebelum ia turut diperluaskan kepada pesawat penerbangan lain secara berperingkat.

Dengan langkah ini, pengguna tidak lagi perlu melakukan sebarang langganan atau bayaran untuk menikmati akses WiFi ketika dalam penerbangan. Penawaran baharu ini adalah penambah-baikkan berbanding penawaran akses WiFi di penerbangan dengan had 100MB untuk beberapa kelas tiket sejak Julai 2023 lepas.

Baca lanjut di Amanz .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 1909