AirAsia sedia menawarkan akses WiFi dalam sejumlah penerbangan, sekaligus memudahkan pengguna kekal berhubung ketika dalam penerbangan.
Terbaru, AirAsia mengurangkan harga penawaran untuk akses WiFi tanpa had dalam penerbangan pada harga RM48.

AirAsia turut menekankan yang mana dalam beberapa penerbangan, akses kelajuan akan dikurangkan kepada 128kbps selepas mencapai had data 200MB.
Bagi anda yang ingin melakukan penerbangan menggunakan AirAsia, mungkin boleh menyemak sama ada penerbangan anda menyokong akses WiFi dalam penerbangan, dan memilih untuk melanggan pakej ini.