Pada hari ini, sambungan internet merupakan salah satu komponen utama dalam kehidupan harian ramai pihak – dimana ia bukan sahaja digunakan untuk tujuan komunikasi, tetapi juga untuk pembelian, berdagang dan sebagainya.
Malah, situasi Perintah Kawalan Pergerakan telah membuatkan keperluan akses internet lebih penting berbanding sebelumnya.
Terbaru, pihak SKMM berkongsi mengatakan akses internet di Malaysia adalah antara yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

Mengikut data yang dikongsikan SKMM melalui Speedtest Global Index, ia memperlihatkan Malaysia mempunyai kedudukan ketiga tertinggi di ASEAN untuk penawaran dari segi kadar muat-turun purata. Ia memperlihatkan kadar muat-turun purata mencapai 86.82Mbps yang memperlihatkan sedikit peningkatan positif berbanding bulan Jun 2020 lepas.
Walaupun mengekalkan kedudukan di rantau ASEAN pada kedudukan ketiga, namun, berbanding bulan Jun 2020, Malaysia turun satu anak tangga pada peringkat global.