TuneTalk hari ini telah mengumumkan promosi khas bagi pengguna talian berkenaan, dimana kini TuneTalk menawarkan kredit tambahan sehingga 20% untuk tambah-nilai pertama yang dilakukan sehingga 31 Mac 2020 kelak.
Bagi pengguna TuneTalk yang melakukan tambah-nilai ketika tempoh aktif talian dalam tempoh ini, anda akan menerima kredit tambahan sebanyak 20%. Promosi ini tertakluk untuk tambah-nilai RM5 dan ke atas.
Sebagai contoh, sekiranya anda melakukan tambah-nilai sebanyak RM10, maka anda akan menerima kredit tambahan RM2 melalui promosi ini.
TuneTalk turut menyatakan beberapa syarat sah untuk mendapat promosi ini, termasuk perlu melakukan tambah-nilai secara atas-talian. Tambah-nilai menggunakan baucar dan juga kad fizikal tidak tertakluk dengan promosi ini.
Layari : TuneTalk Stay Home