Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1903

Disney+ Dan Apple TV+ Turut Mengurangkan Kualiti Penstriman Video Di Eropah

$
0
0

Si Sepanyol dan Itali, perintah berkurung dikenakan bagi menghalang penyebaran wabak Covid-19. Di beberapa negara lain pula kerajaan mula mengenakan perintah kawalan pergerakan. Oleh sebab itu penggunaan rangkaian Internet di benua ini meningkat mendadak. Bagi mengelakkan gangguan dari berlaku, pesuruhjaya Kesatuan Eropah Thierry Breton. memohon supaya penduduk Eropah untuk tidak menstrim video pada resolusi HD penuh.

Netflix adalah yang terawal mengurangkan kualiti penstriman video mereka di Eropah selama 30 hari. Kini langkah mereka ini turut diikuti oleh Disney+ dan Apple TV+. Malahan pelancaran Disney+ di Perancis turut telah ditangguh oleh Disney.  Pengurangan kualiti video Apple TV+ dapat dilihat dengan jelas oleh pengguna mereka di Eropah pada hujung minggu lalu.

Terdapat laporan resolusi video kini dikurangkan ke 640P sehingga kelihatan pecah pada televisyen berskrin besar. Apple dipercayai mengurangkan kualiti video ke tahap yang membolehkannya distrim pada rangkaian 3G yang perlahan.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1903

Trending Articles