Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1903

Signify Trulifi Menawarkan LiFi Sepantas 150 Mbps Menerusi Lampu LED

$
0
0

Teknologi LiFi membolehkan rangkaian Internet menggunakan cahaya digunakan. Ia diperkenalkan pada tahun 2011 sebagai Visible Light Communication sebelum dipendekkan menjadi Light Fidelity (LiFi). Penggunaannya masih lagi rendah tetapi Signify telah mengumumkan sistem Trulifi mereka yang menawarkan sistem LiFi dengan kelajuan mencecah 150 Mbps.

Kelebihan sistem Trulifi ialah sebuah bilik boleh dilengkapi sistem Internet dengan hanya menggunakan lampu LED Hue yang berfungsi sebagai penghantar-terima (tranceiver). Pengguna hanya perlu menyambung mentol pintar ini tanpa perlu melakukan pendawaian tambahan seperti sistem sedia ada.

Walau bagaimanapun untuk menikmati rangkaian Internet Trulifi, komputer riba atau telefon pintar perlu menggunakan dongle USB. Kerana ia menghantar isyarat Internet menggunakan cahaya, halangan objek legak boleh menyebabkan sambungan terputus. Ini menjadikan LiFi sebagai sistem alternatif di kawasan yang mempunyai masalah gangguan radio yang tinggi yang menyebabkan WiFi tidak boleh digunakan.

Baca artikel – Mari Mengenali Teknologi LiFi – Pemindahan Data 100 Kali Lebih Pantas Berbanding WiFi


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1903

Trending Articles