Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1909

Telekom Malaysia Diminta Serah Laporan Langkah Mengatasi Masalah Streamyx Dalam Tempoh Sebulan

$
0
0

Masalah berkaitan dengan Streamyx bukan sesuatu yang baru, dimana ramai yang mengadu harganya agak mahal berbanding penawaran Unifi yang lebih laju. TM sendiri sebelum ini telah mengatakan mereka mengatasi masalah berkenaan dengan menawarkan naik-taraf secara percuma kepada pelanggan dikawasan Unifi – namun tidak semua pengguna Streamyx dikawasan berkaitan.

Lanjutan daripadanya, kini Gobind Singh Deo meminta TM menyerahkan laporan berkenaan langkah mengatasi masalah Streamyx kepada beliau dalam tempoh sebulan.

Bercakap lanjut mengenai Streamyx, ia dilaporkan pelanggan perkhidmatan Streamyx asal setakat tahun lepas adalah 1.27 juta orang, dan daripadanya, kira-kira 266,000 orang telah beralih ke Unifi. Pelanggan lain sebelum ini turut telah dijanjikan untuk naik-taraf kepada Unifi sehingga 30Mbps atau kepada Streamyx 8Mbps.

Apa pun, paling banyak aduan yang diterima berkaitan Streamyx sehingga ke hari ini adalah berkenaan dengan harganya yang tidak selari dengan harga penawaran Unifi untuk kelajuan berkali ganda lebih laju.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan laporan lanjut berkenaan pengguna Streamyx ini dalam tempoh sebulan akan datang.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1909