Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

Nex.Life Hanya Terhad Di Kelantan Dan Terengganu Buat Masa Ini

$
0
0

Semalam, kita telah melihat sebuah syarikat telekomunikasi baru hadir ke pasaran, dinamakan Nex.Life. Ia dikuasakan oleh Webe Digital, iaitu anak syarikat Telekom Malaysia.

Nex.Life Internet

Melalui Nex.Life, ia menawarkan langganan internet tanpa had untuk rumah sehingga 20Mbps, selain sambungan internet mudah-alih 4G LTE tanpa had pada harga RM100 sebulan. Ia memfokuskan kepada hanya penawaran data sahaja. Panggilan suara dicaj secara berasingan, dan pengguna perlu membeli penghala mereka sendiri.

Hari ini, berkongsi lanjut melalui laman sosial mereka, Nex.Life mengatakan yang mana perkhidmatan Nex.Life hanya ditawarkan di Terengganu dan Kelantan sahaja buat masa ini.

Di Kelantan, ia meliputi kawasan Kota Bharu, Kubang Kerian, Pengkalan Chepa, dan juga Salor.

Di Terengganu pula, ia meliputi Kuala Terengganu, Chendering, Bukit Payung dan juga Gong Badak.

Bagi anda yang berada di kawasan terlibat, mungkin boleh menyemak alamat anda sama ada ia ditawarkan atau sebaliknya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889