Telekom Malaysia kini nampaknya hadir dengan promosi baru untuk penawaran Unifi – dimana penyedia perkhidmatan jalur-lebar berkenaan kini menjanjikan pemasangan Unifi di rumah pelanggan dalam tempoh 24 jam daripada masa pendaftaran.
Untuk promosi ini, TM memerlukan pengguna membuat pendaftaran pelan Unifi atau pre-Unifi (Streamyx) melalui portal rasmi mereka. Pihak TM turut menekankan yang mana pemasangan dalam tempoh 24 jam ini ini masih tertakluk kepada kekosongan slot di kawasan pelanggan berkenaan.
Dengan langkah terbaru daripada TM ini, ia sekaligus membolehkan pengguna menikmati akses internet dengan lebih pantas selepas pendaftaran berbanding sebelum ini yang mungkin mengambil masa yang agak lama sehingga berminggu.
TM mengatakan promosi pemasangan dalam tempoh 24 jam adalah percuma sehingga 31 Mac 2019 – dan selepas itu caj sebanyak RM200 mungkin dikenakan.
Daftar : Unifi