Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889

TM : Pengguna Streamyx Diluar Kawasan Unifi Hanya Akan Digandakan Kelajuan – Bukan Dinaik-Taraf Ke 8Mbps

$
0
0

Semalam, kerajaan telah mengumumkan yang mana semua pengguna Streamyx dikawasan yang diliputi Unifi akan menerima naik-taraf ke pakej Unifi secara percuma, selain pengguna diluar kawasan Unifi akan ditawarkan kelajuan sehingga 8Mbps. Walaubagaimanapun, ia dilihat terdapat sedikit kesilapan, dan hari ini Telekom Malaysia mengeluarkan kenyataan mereka berkenaan hal ini.

TM Streamyx Unifi

Menurut TM, pengguna Streamyx diluar kawasan liputan Unifi hanya akan menerima kelajuan yang digandakan, dan bukannya kepada 8Mbps. Ini bermakna, sekiranya anda menggunakan kelajuan 1Mbps, maka kelajuan anda akan digandakan kepada 2Mbps, dan begitu juga seterusnya – sehingga 8Mbps.

Sebagai alternatif, pengguna Streamyx diluar kawasan Unifi juga akan ditawarkan dengan pilihan kepada akses 4G LTE. Namun, pakej Unifi Mobile yang akan ditawarkan tidak diumumkan oleh Telekom Malaysia buat masa ini.

Telekom Malaysia turut mengatakan mereka menyasarkan untuk menyelesaikan proses naik-taraf ini menjelang suku pertama 2019 kelak, iaitu menjelang Mac 2019. Bagi anda yang menggunakan Streamyx, boleh menyemak hari ini sama ada anda tertakluk dibawah naik-taraf ini atau tidak melalui laman khas yang disediakan TM.

Pada masa yang sama, Telekom Malaysia turut tidak menyentuh sebarang perkara berkenaan harga untuk pakej Streamyx melalui kenyataan mereka yang terbaru ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1889