Telekom Malaysia hari ini hadir dengan sebuah gambar acah baru, memberikan petanda yang mana mereka akan mengumumkan suatu perkara baru berkaitan dengan Unifi Mobile pada hari Khamis ini, 13 Disember 2018.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah yang akan diumumkan oleh pihak TM. Mungkin kita akan melihat pengumuman berkaitan dengan pakej baru – atau mungkin suatu pengumuman berkaitan penawaran Unifi Mobile yang serba baru.
Ia agak mengejutkan kerana TM memilih tarikh 13 Disember untuk pengumuman produk baru mereka – memandangkan pihak TM turut mengadakan jualan promosi bersempena dengan 12.12 ini.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan kejutan daripada pihak TM pada 13 Disember ini. Mungkin jangan mengharap suatu penawaran yang besar – memandangkan TM pernah memainkan perasaan ramai pengguna dengan iklan makcik bawang mereka sebelum ini.
Good news coming your way on Thursday the 13th. Watch out! pic.twitter.com/JT1PLIzXwU
— unifi (@unifi) December 11, 2018