Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1911

Sejumlah Pengguna Unifi Menghadapi Masalah Mengakses Perkhidmatan Web

$
0
0

Pengguna perkhidmatan Unifi dilihat mengalami masalah untuk mengakses perkhidmatan mereka pada hari ini. Maslaah ini dilihat dihadapi pengguna yang menggunakan DNS TM, dimana pelbagai web menghadapi masalah untuk diakses, selain pelayan permainan yang sukar dicapai.

Pihak Telekom Malaysia masih tidak berkongsi secara rasminya berkenaan dengan masalah ini. Namun, sejumlah pengguna melaporkan yang mana mereka berjaya mengatasinya dengan menggunakan Google DNS, atau penyedia lain seperti Cloudflare dan sebagainya. Walaubagaimanapun, masalah ini mungkin tidak sepenuhnya disebabkan oleh masalah DNS, dan ada yang menyasarkan ia mungkin melibatkan masalah dibeberapa pelayan lain yang mengakibatkan masalah kelembapan akses internet ini.

Saluran media sosial milik TM masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan masalah ini, dan membuatkan pengguna masih tertanya-tanya berkenaan masalah ini. Apa yang lebih mengecewakan adalah kerana masalah ini timbul sehari selepas pihak menteri meminta TM untuk berkomunikasi dengan lebih efektif bersama pengguna mereka.

Selain Telekom Malaysia, pengguna perkhidmatan internet Maxis juga turut menghadapi masalah untuk mengakses internet. Bercakap mengenainya, Maxis mengatakan yang mana ia adalah disebabkan oleh masalah akses fiber yang sedang dialami buat masa ini diseluruh negara.

Bagi anda sendiri, adakah anda mengalami sebarang masalah dengan akses internet anda hari ini?


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1911