Quantcast
Channel: Telekomunikasi – Amanz
Viewing all articles
Browse latest Browse all 1906

e-Storage – Perkhidmatan Storan Awan Daripada Telekom Malaysia?

$
0
0

Dengan perkembangan positif kelajuan internet seluruh dunia, salah satu perkara yang turut menjadi popular adalah perkhidmatan storan awan seperti Dropbox, Google Drive, Box dan sebagainya. Nampaknya, pihak Telekom Malaysia turut tidak ingin ketinggalan melalui salah satu perkhidmatan mereka, dinamakan sebagai e-Storage.

e-Storage dilihat diselenggara oleh AfterOffice.com, dimana ia membolehkan pengguna untuk menyimpan fail mereka pada perkhidmatan e-Storage, dan seterusnya mengakses menggunakan peranti berasaskan Android ataupun iOS. Sebuah perisian khas untuk pengguna Windows juga dilihat disediakan untuk e-Storage ini.

Mengikut laman e-Storage, ia juga dilihat yang mana melalui perkhidmatan tersebut, pengguna boleh membuat salinan pendua untuk “buku alamat” pada peranti mudah-alih mereka. Disamping itu, sokongan kolaborasi dan sebagainya seperti kebanyakkan perkhidmatan lain turut disediakan.

Melalui halaman FAQ pada e-Storage juga, ia mengatakan pengguna persendirian mendapat ruangan storan 500MB sementara pengguna perusahaan mendapat ruangan 1GB. Berkemungkinan ini adalah ruangan percuma. Namun, daripada percubaan kami untuk log masuk ke perkhidmatan, ia seperti gagal untuk diakses – berkemungkinan masih belum bersedia sepenuhnya.

Disamping itu, struktur harga juga tampak amat mahal, dan berkemungkinan ia memfokuskan kepada pengguna perusahaan dan bukannya pengguna persendirian.

Kami telah menghubungi pihak Telekom Malaysia berkenaan e-Storage ini, dan akan mengemaskini dengan info lanjut sebaik sahaja menerimanya.

Untuk makluman, selain daripada pihak Telekom Malaysia, pihak Maxis juga turut sama telah melancarkan perkhidmatan storan awan mereka pada tahun lepas dinamakan sebagai Loker. Yes juga turut menyediakan perkhidmatan storan mereka melalui perkhidmatan Yes Life Web.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 1906

Trending Articles